Erra Fazira Pilihan Jelita Edisi Julai 2019

Juga paparan menarik berkaitan hijab

Melangkah ke edisi terbaru dengan Erra Fazira menghiasi halaman depan Jelita Julai 2019. Katanya, ada banyak hadiah terbaru ingin disampaikan jelitawan ini buat peminatnya?

Apakah yang sedang ‘diburunya’ pada masa ini? Kisah eksklusif ada dengan kami.

Istimewa edisi Hijab ini, kami turut paparkan stail tudung moden & terkini yang anda boleh cuba mengikut gaya selebriti popular yang ikonik dengan cara berkerudungnya. Juga, cara menjaga kesihatan mahkota anda di sebalik helaian tudung supaya sentiasa tampil sihat dan segar.

Menyuntik kelainan, Pesona Solekan cadangkan rias istimewa buat wanita yang sudah berambut perak supaya sentiasa kelihatan jelita.

Fokus bulan ini tertumpu kepada menemui cinta buat kali kedua setelah kecundang pada pusingan pertama. Tiga kisah benar dicoret buat bacaan anda selain pandangan pakar tentang cara tidak lagi pandang ke belakang.

Dapatkan edisi padat info bergaya + berilmu ini di pasaran sekarang!