Emoji Baru Bakal Menemui Anda!

Lebih banyak pilihan ekspresi ikut kesesuaian perbualan.

Bagi meraikan Hari Emoji Sedunia, Apple bakal memperkenalkan pelbagai seleksi baru Emoji untuk anda.

Sekali gus, ia memberikan lebih banyak kepelbagaian pada cara anda memantapkan komunikasi menerusi sistem mesej dalam telefon. Antara yang boleh diterujakan adalah tambahan pada kategori makanan, haiwan, aktiviti dan wajah smiley.

Apple dalam satu kenyataan kepada Jelita menyebut, ia adalah kemas kini terbesar malah ada tambahan pada emoji yang mewakili pasangan dan perhubungan. Ia memperlihatkan kombinasi pelbagai tona kulit juga jantina dengan lebih 75 kombinasi untuk anda guna mengikut kesesuaian.

Paling menarik, Apple telah menghantar kertas cadangan kepada Konsortium Unicode tahun lalu, bagi memperkenalkan lebih banyak Emoji buat golongan kelainan upaya. Emoji terbaru itu termasuk anjing pemandu, telinga dengan bantuan alat pendengaran, kerusi roda, lengan dan kaki prostetik. Semua ini bakal ada pada papan kekunci telefon pintar anda.

“Meraikan kepelbagaian dalam pelbagai bentuk dan rupa adalah penting kepada nilai diperjuangkan Apple dan opsyen baru ini membantu mengisi jurang yang signifikan pada papan kekunci Emoji,” kata kenyataan berkenaan.

Terdapat banyak lagi kategori emoji tambahan yang mengujakan termasuk smiley face untuk menguap, baju renang one-piece, item makanan baru termasuk waffle, falafel, mentega dan bawang putih. Selain itu, haiwan tambahan termasuk sloth, flamingo,  orang utan dan and skunk.

Sebanyak 51 rekaan Emoji terbaru berkenaan yang bakal menemui anda musim Luruh ini menerusi kemas kini perisian percuma untuk iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch.

Ketika ini, ada beribu Emoji disediakan termasuk emotive smiley faces, watak yang neutral jantina, lebih banyak perwakilan kerjaya, opsyen pelbagai pakaian, jenis makanan, haiwan, makhluk mistik dan banyak lagi.

Emoji terbaru ini adalah berdasarkan watak yang diluluskan dalam Unicode 12.0.

 

Jom baca: Rahsia Kecantikan Puan Sri Normala Samsudin

Emoji mewakili ekspresi kegemaran ramai dan opsyen pakaian untuk bangsa dan kerjaya berbeza.

Bagi mewakili kepelbagaian jenis jodoh dan perhubungan.

Khusus untuk rakan anda yang berkelainan upaya.

Juga sukan dan hobi yang berbeza.