Elfira Loy Raikan Tahun Baru Sebagai Isteri Faris Anuar

Tahniah buat pasangan Elfira Loy dan Faris Anuar

Sambutan tahun baru kali ini amat bermakna buat selebriti terkenal, Elfira Loy yang kini sudah bergelar isteri kepada Faris Anuar.

Gambar: Arkib majalah EH!

Dengan hanya sekali lafaz, Elfira Loy telah melangkah ke alam perkahwinan bersama dengan lelaki pilihannya, Faris Anuar yang bekerja di dalam urusan korporat.

Dalam temu ramah yang diadakan bersama majalah EH!, pasangan ini mengikat tali pertunangan selepas dua bulan berkenalan dan persiapan majlis perkahwinan itu hanya mengambil masa selama seminggu sahaja

Pasangan yang turut menjadi wajah hadapan majalah EH! untuk isu Januari 2019 ini telah mengadakan majlis perkahwinan mereka di Cyberview Resort & Spa pada 1 Januari yang lalu.

Sebelum hari pernikahan, Elfira telah mengadakan majlis malam Mehndi yang bertemakan bollywood bersama pengapitnya yang juga adalah teman rapatnya. Mlam itu, Elfira tampil cantik dengan solekan daripada Jijie Zainal dan persalinan sari lengkap serta aksesori. Gambar yang dikongsikan oleh Elfira itu telah mendapat beratus ribu likes daripada mengikutnya yang kini sudah mencecah 4.1 juta.

View this post on Instagram

So many people asking Yes Its true. The panel is actually floating on water. And whole guest literally on water . It remind me the crazy rich asian wedding . The beautiful nikah for @elfiraloy . Teringin tak nk wedding ada unsur2 air? . #nasgreatidea #nasgreatideapromo #weddingsexperience #weddingsdesigner #freshflowers #wedding #dais #decoration #weddingplanner #pelamin #instawedding #weddingday #style #weddingdecors  #weddingphotography #flowers  #weddingplanner #pelamin #flowerarrangement  #weddingstyle #flowerdecor #weddingideas #weddingday #style #weddingplanner #ngiweddings #weddingphotography #flowerdecorations #weddingkualalumpur #weddingplanning #weddingseason #weddingstyle #weddinginspiration #weddingplanning #weddingflowers #malaysianweddings #indonesianweddings

A post shared by whatsapp +60192256360 (@nasgreatidea_weddings) on

Majlis pernikahan Elfira dan Faris kelihatan sangat indah dan Elfira tampil anggun dengan gaun pengantin serba putih dalam gaun pengantin rekaan Rizman Ruzaini dengan solekan oleh Najeeb Azami. Turut menarik perhatian adalah pelamin pernikahannya yang berkonsepkan seakan terapung di atas air yang direka khas oleh Nas Great Idea.

Jelita kongsikan gambar sekitar majlis pernikahan Elfira Loy dan Faris Anuar. Tahniah Jelita ucapkan pada pasangan yang sepadan ini.

1 of 20

1 of 20