Elfira Loy Bakal Bergelar Ibu

Bakal bergelar ibu, Elfira Loy akui kini sedang hamil

Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25 atau lebih dikenali Elfira Loy berkongsi keterujaan tentang kehamilannya selepas diberi izin oleh suaminya Muhammad Faris Khairol Anuar yang telah berkahwin sejak 1 Januari lalu. Elfira berkongsi berita gembira ini di majlis pelancaran baju raya mampu milik MC Vogue yang berkolaborasi bersama Elfira Loy buat julung kalinya di Flora Terrace, Hampshire Park, Kuala Lumpur. Ia adalah hasil cetusan idea daripada Elfira Loy sendiri dan sentuhan kreativiti pereka bentuk MC Vogue untuk menyerlahkan gaya dan karakter Elfira.

Menurut Elfira juga dia sangat tidak menyangka rezeki ini datang awal setelah berkahwin baru saja empat bulan disebabkan dia banyak mendengar kisah wanita yang susah untuk mendapatkan cahaya mata.  Dia berasa sangat bersyukur kerana salah satu doanya termakbul dengan cepat dan berasa ini juga adalah doa orang ramai untuk Elfira cepat mendapat cahaya mata. Selain itu, Elfira turut merahsiakan usia kandungannya dan hanya berkongsi dia bakal menimang cahaya mata pertama pada akhir tahun ini.

Namun Elfira lebih konfiden untuk berkongsi berita gembira ini setelah pergi berjumpa doktor dan mengetahui keadaan bayi sihat. Perkongsian ini juga diberitahu agar orang ramai mendoakan Elfira mudah menjalani fasa kehamilan dan melahirkan anak dengan selamat. Walhal Elfira dan suami turut tidak kisah jantina bakal anak sulungnya kerana berharap bayi itu lahir dengan selamat. Tetapi bagi El lebih seronok jika mendapat bayi perempuan!

Elfira hanya menyedari dia hamil selepas sesi penggambaran yang padat dan berasa terlalu letih sewaktu itu. Namun El tidak mengalami sebarang alahan semasa trimester pertama ini. Elfira Loy juga cuba untuk mengurangkan aktiviti lakonan dan menghabiskan penggambaran sebelum bulan puasa tiba kerana dia cepat berasa letih setelah berbadan dua.

Jelita doakan agar Elfira Loy diberi kesihatan tubuh badan semasa fasa kehamilan ini dan selamat melahirkan anak sulungnya.

Gambar: Jelita dan Instagram Elfira Loy