Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Yubi Band

Inilah dia penyanyi yang mendendangkan salah satu lagu tema Inspirasi Cinta, Malam Bintangmu, Yubi Band

Sudahkah anda menonton mini siri Inspirasi Cinta yang menampilkan gandingan hebat pelakon dari dua negara, Miller Khan dan Ain Edruce? Salah satu lagu temanya, Malam Bintangmu nyanyian Yubi Band telah menarik perhatian ramai. Jelita kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Yubi Band.

1 of 4

Permulaan Yubi Band

Mula dibentuk pada 7 Jun 2015, Yubi Band adalah sebuah kumpulan muzik Pop/Rock Alternatif. Sebelum membentuk sebuah band, Yubi adalah seorang penyanyi solo pada tahun 2013 menerusi lagu Tentang Kamu, hasil ciptaan Ajam Dichi Michi dan Yubi sendiri. Single “Malam Bintangmu” telah menjadi taruhan single pertama kumpulan itu setelah ditubuhkan sebagai satu kumpulan. Yubi Band terdiri daripada lima orang ahli iaitu vokalis Yubi, gitaris utama, Razi, gitaris kedua, Mubin, basis/cello, Therry dan Andhika yang memegang posisi drummer. Pada awal tahun 2016, tiga daripada anggota asalnya iaitu Razi, Andhika dan Therry telah mengundurkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan Yubi Band terbentuk apabila Razi (EX gitarist pertama) telah mengajak untuk menukar Yubi menjadi Yubi Band.

1 of 4

Permulaan Yubi Band