Sultan Pahang Ke-6 Kini Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

Kenali Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah dengan lebih dekat

Pada 15 Januari lalu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang yang baharu. Berikutan itu, baginda sebagai Sultan Pahang telah tersenarai sebagai salah satu calon untuk menjadi Agong Malaysia yang seterusnya. Selaku itu, berikutan pejumpaan Majlis Raja-Raja pada 24 Januari 2019, Sultan Abdullah telah dimahsyurkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-16.

Daulat Tuanku

Merafak Sembah Tahniah diucapkan kepada Yang di-Pertuan Agong yang baru, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah al-Musta’in Billah dari Pahang.

Kini, terjawab sudah pertanyaan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia. Ia juga bermakna Baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum abang iparnya, Sultan Johor, yang merupakan salah seorang calon Agong ke-16 berikutan perletakan jawatan oleh Sultan Muhammad V dari Kelantan. Perletakan jawatan itu adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

Sultan Muhammad V of Kelantan telah meletak jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 pada awal Januari 2019.

Sementara itu, jawatan Timbalan Agong dipegang sekali lagi oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baca juga: Why Sultan Nazrin Shah Could Have Been Next In Line After Agong Resigned

Tanda Tanya Selepas Perletakan Jawatan Agong Ke-15

Sultan Nazrin Shah dari Perak terdahulunya disebut-sebut sebagai calon Yang Di-Pertuan Agong ke-16 memandangkan baginda merupakan Timbalan Agong dan selaku Penyandang Agong ketika Sultan Muhammad V bercuti kerana masalah kesihatan.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, turutan asal di mana kedudukan Yang di-Pertuan Agong diputar di kalangan sembilan kerabat diraja dari sembilan negeri di Malaysia adalah seperti yang tertera dalam Jadual Ketiga Perlembagaan:-

  1. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  2. Sultan Selangor
  3. Raja Perlis
  4. Sultan Terengganu
  5. Sultan Kedah
  6. Sultan Kelantan
  7. Sultan Pahang
  8. Sultan Johor
  9. Sultan Perak

Jadi, menurut senarai di atas, Sultan Perak berada di kedudukan terakhir selepas Sultan Pahang dan juga Sultan Johor. Namun, atas faktor kesihatan, Sultan Pahang dikatakan tidak dapat menjawat jawatan tersebut. Akan tetapi, pada 15 Januari lalu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang yang baru.

Menurut Penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek dalam sebuah artikel di akhbar tempatan online, perlantikan Sultan Pahang yang baharu ini sejajar dengan Perkara 32 Perlembagaan yang menggariskan hanya Raja atau Sultan yang bersemayam di atas takhta kerajaan negeri yang layak dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak perlu masa minima untuk menyandang takhta Sultan dan tiada sebarang “tempoh percubaan”. Dengan ini, Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah sah diangkat sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-16.

Di sini, Jelita kongsikan fakta mengenai Sultan Abdullah, Sultan Pahang yang keenam.

1 of 10

Tengku Abdullah telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjuntkan pelajaran ke luar negara.

1 of 10