Dewa 19 Reunion Live In Malaysia!

Bakal cetuskan fenomena luar biasa di Malaysia.

Mendengar berita ini sahaja sudah membuatkan penganut setia yang begitu sinonim dengan panggilan Baladewa penasaran. Ia bukan sekadar Dewa 19 di Malaysia, tetapi ajaibnya kedatangan mereka pada kali ini bakal menyaksikan formasi lengkap bekas vokalisnya daripada beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar tahun 1986. Ini akan menjadi reunion terhebat dan momen manis yang tidak layak dilepaskan.

Bayangkan Ari Lasso dan Once bergabung mendendangkan karya penuh roh Dewa 19 dalam sebuah konsert! Ya, Ari Lasso yang menjadi faktor meledaknya album perdana mereka, Dewa 19 menerusi Kangen pada awal 90-an bersetuju untuk tampil bersama di konsert ini.

Once, vokalis lelaki dengan suara hebat juga akan hadir di konsert ini. Bersama Once, Dewa 19 yang sempat memakai nama Dewa meraih sukses luar biasa menerusi deretan beberapa albumnya termasuk Bintang Lima yang diiktiraf sebagai album terlaris dijual oleh band tersebut pada 2000.

Memantapkan Ari Lasso dan Once, tentulah pengasasnya, Ahmad Dhani yang melengkapkan formasi legenda dan bersejarah ini dalam konsert yang bakal berlangsung kelak. Berdiri di belakang mereka yang sentiasa menguatkan jentera Dewa 19 bersama instrument masing-masing adalah Andra (gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum). Tyo Nugros, si penabuk drum yang tidak sedikit telah menumpahkan khidmatnya bersama band asal Surabaya ini akan menjadi tarikan dalam konsert bersejarah ini kelak.

Memilih tanggal 2 Februari 2019, dengan bangganya Nizra Production akan mencipta sejarah tersendiri apabila Dewa 19 Reunion Live in Malaysia akan meledakkan adrenalin Baladewa dan Baladewi di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. “Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama Once buat pertama kalinya bergabung di atas satu pentas di Malaysia. Konsert ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri,” ujar Nik Iruwan, Nizra Production.

Dewa 19 dijangka membawa sekitar 30 ke 35  untaian hit daripada ratusan katalog hit yang dimiliki band ini menerusi album pertama sehingga yang terakhir, Kerajaan Cinta yang dihasilkan sekitar 11 tahun lalu. “Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!” ujar Dhani pula.

Untuk rekod, Dewa 19 Reunion Live In Malaysia ini juga bakal menjadi saksi kehadiran Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di sini.

Info berkenaan tiket:

RM238 – Cat 3 (Reserved seating)

RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)

RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating)

RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating) 

Lebih menarik lagi tiket yang akan mula dijual 7 November 2018 jam 10 pagi ini akan diberi 10 peratus diskaun untuk jualan early bird untuk tempoh 48 jam! Setiap pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my.

Lawati laman sosial rasmi konsert ini atau hubungi info hotline di 0172792118 untuk keterangan lanjut.