Cuti-cuti Merdeka. Jom Jalan Ke…

Destinasi cuti untuk hujung minggu panjang.

Asyik tempat yang sama sahaja. Apa kata terokai destinasi baharu di Malaysia sempena cuti hujung minggu Kemerdekaan ini!

Imej: Depositphotos.com

Keterujaan dan semangat kemerdekaan warga Malaysia Ogos ini makin mencanak dengan ketibaan bulan Merdeka. Ada yang memilih untuk melihat perarakan Merdeka yang meriah, ada juga yang memilih untuk bersantai di rumah. Ada pula yang mengambil peluang untuk merehatkan diri dengan bercuti bersama ahli keluarga serta rakan taulan.

Jika anda penggemar kembara dan percutian, ke mana lagi destinasi pilihan? Apa kata cuba ke destinasi disarankan di sini, siap dengan kelengkapan kecemasan 3M. Lebih baik siapkan payung sebelum hujan!

1 of 6

Telaga Tujuh, Langkawi

Terletak di pulau indah di Utara tanah air, Telaga Tujuh dianggap sebagai formasi air terjun tercantik di pulau berkenaan. Terkenal dengan airnya yang jernih serta barangan bebas cukai, Telaga Tujuh adalah destinasi wajar dikunjungi, terutamanya bagi pencinta alam dan penggemar aktiviti kembara.

Kena bawa: Denai yang didaki mungkin mencabar dan boleh mengakibatkan kecederaan kecil. Sebaiknya bawa kit pertolongan cemas serta kelengkapan lain seperti kasut kembara, air, makanan dan pembalut luka 3M Nexcare Clear Waterproof Bandages supaya jika ada luka kecil, anda boleh tutupnya dengan kemas. Untuk gembirakan hati si kecil, bawa Nexcare Tattoo Waterproof Bandages yang hadir dalam pelbagai warna dan rekaan yang sesuai untuk kanak-kanak jika mereka turut serta.

1 of 6