‘Curhat’ Tulus Dalam Album Monokrom

Ikuti curahan hati ikhlas Tulus dalam bait lagu album terbarunya.

Dengarkan saja nama Tulus, pasti semua terngiangkan suaranya yang lunak merdu. Sekali dia menyanyikan lagu, semua akan terpukau bagai dibuai perasaan indah kala dilamun cinta.

 

Tulus sememangnya mendapat populariti tersendiri di negara kelahirannya, Indonesia. Dia sudah banyak memenangi anugerah dan penghargaan hasil tiga album yang sudah dikeluarkan, kini tiba masa paling sesuai untuk Tulus melangkah lebih jauh dengan memasuki pasaran Malaysia.

Penyanyi solo dan pencipta lagu independent ini memulakan kariernya dengan melancarkan album pertama pada 2011. Lirik dengan sentuhan gaya bahasa yang indah dan memiliki maksud mendalam menjadi identiti karya muzik lelaki ini.

Jelajah Album Monokrom

Di bawah naungan TulusCompany, perusahaan label rakaman dan pengurusan artis, Tulus mula mengembangkan skala pendengarnya di beberapa buah negara. Jepun menjadi negara pertama. Sebuah lagu berbahasa Jepun telah dilancarkan pada Oktober 2015 dan beberapa persembahan muzik di negara berkenaan telah pun dilaksanakan dengan penuh jaya. Sejajar dengan perkembangan langkahnya di Jepun, TulusCompany memilih negara tetangga Indonesia iaitu Malaysia , Singapura dan Brunei sebagai negara taklukan berikutnya.

TulusCompany besama Shiraz Music (sebuah anak syarikat Shiraz Project Sdn Bhd) menjalankan rencana memperkasakan lagi nama Tulus di Malaysia, khususnya. Dengan kerjasama ini, maka album muzik Tulus yang ketiga berjudul Monokrom diedarkan secara rasmi di Malaysia yang telah boleh didapatkan pada 1 Julai 2018.

Penampilan Konsert Sulung

Antara rangka promosi yang dijalankan Tulus adalah sesi sidang media bersama rakan media tempatan, selain bakal mengadakan konsert sulung di Istana Budaya pada 18 September 2018 jam 8.30 malam. Informasi lanjut bakal dikemaskini kelak untuk orang ramai. Nantikan …………..