Celebrity Fitness One Utama Dibuka Semula Dengan Wajah Dan Kemudahan Baru

Pembukaan semula Celebrity Fitness di One Utama menampilkan gaya yang lebih kontemporari dan kemudahan yang lebih canggih

Selepas empat bulan ditutup kerana kerja pengubahsuaian menyeluruh yang bernilai RM3.5 juta, kini rangkaian kecergasan terbesar di Malaysia, Celebrity Fitness di One Utama telah meraikan pembukaan semula kelabnya pada 28 Februari yang lalu.
 
Menurut Pengarah Urusan Celebrity Fitness dan Fitness First Malaysia, Andrew Phillips, jenama ini telah bersedia untuk diberikan nafas baharuĀ  sejak ditubuhkan pada 14 tahun yang lalu. Selain daripada menukar logo, jenama ini turut mengambil peluang melihat kembali jenama tersebut secara keseluruhannya, untuk memastikan kedudukan jenama yang jelas dan menarik stragtegi jangka panjang dalam meningkatkan daya saing.
 

 
Tambahnya lagi, sebagai kelab Celebrity Fitness yang pertama dibuka di Malaysia, Andrew mahukan kelab ini menjadi yang pertama untuk mempamerkan yang terbaik daripada apa yang ditawarkan oleh penjenamaan semula ini dan menjadikan aktiviti kecergasan menyeronokkan buat ahli kelab, terutamanya melalui kelas “Signature” seperti Saltar, Playground dan siri tari ‘Dance ‘n Attitude’ yang pastinya akan membantu ahli kelab kelihatan dan berasa hebat.
 

 
Memperkenalkan logo baharu Celebrity Fitness yang kini lebih kontemporari. Logo terbaru ini melambangkan warisan kelab tersebut dengan mengekalkan simbol bintang ikonik yang sesuai dengan kedudukan jenama ‘Selebriti’, dan mencerminkan nilai yang menyeronokkan, menarik dan sensasi. Selain daripada perubahan logo, penjenamaan semula ini turut menampilkan perubahan pada tenaga pengajar dan jurulatih Celebrity Fitness yang kini dirujuk sebagai StarMakers.
 


 
Perubahan jenama ini turut memperkenalkan lagu tema Celebrity Fitness yang dicipta untuk memberikan inspirasi kepada lebih ramai individu untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan mereka. Bertajuk ‘Unleash The Star’, gaya muzik dan liriknya mencerminkan nilai jenama Celebrity Fitness, manakala video muzik yang disertakan menampilkan StarMakers yang mewakilit Celebrity Fitness dan telah membantu mengubah kehidupan rakyat melalui kecergasan.
 
Idea menghasilkan lagu tema ini adalah sesuatu yang menarik dan ianya belum pernah sebelum ini dilakukanĀ  oleh jenama gim yang lain.
 
Pada bulan yang akan datang, Celebrity Fitness secara berperingkat akan melancarkan identiti baharu penjenamaan semula kepada 25 kelab di seluruh Malaysia, termasuk perubahan penampilan kelab, papan tanda baharu dan pakaian seragam baharu.
 

 
Bermula pada 1 Mac, Celebrity Fitness Mid Valley Megamall, satu lagi kelab utama akan ditutup selama tiga bulan untuk kerja pengubahsuaian dan menjelang pembukaan semula, ia akan mempunyai beberapa ciri baharu termasuk zon ‘Outdoor Spin.’
 
Pada masa yang sama, Celebrity Fitness Jaya One akan diperbesarkan sebanyak 4,000 kaki persegi dan akan mengalami perubahan penampilan menggunakan identiti jenama baharu. Selain itu, Celebrity Fitness akan menambah rangkaian kelabnya seperti di MyTOWN Cheras dan Paradigm Mall, Johor Bahru yang akan mula dibuka pada 12 Mac dan pertengahan Jun. Setiap kelab ini menawarkan pengalaman baharu kepada ahlinya.
 
Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Celebrity Fitness, sila layari laman sesawang Celebrity Fitness.