Buah Tangan 40 Tahun Perjalanan M Nasir

Konsert istimewa dan lebih dekat dengan peminat.

Penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah yang tidak asing lagi di Malaysia, Dato’ M Nasir akan hadir dengan konsert khusus sempena merayakan ulang tahun ke-40 dia dalam industri seni. Dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, konsert ini bakal berlangsung pada 23 November 2019, Sabtu, jam 8.30 malam di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konsert M Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan ini bakal membawa kemunculan M Nasir yang lebih intim dan peribadi dengan peminat. Dengan durasi kira-kira dua jam 30 minit, konsert ini pastinya tidak boleh dilepaskan oleh peminat setianya, kerana dia akan mempamerkan repertoir daripada album pertama hingga lagu terkini dengan barisan lagu hits seperti Tanya Sama Itu Hud Hud, Apokalips, Mentera Semerah Padi dan Keroncong Untuk Ana.

Tidak lengkap konsert ini tanpa kemunculan dan iringan band lama M Nasir iaitu The Gong yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan. Kejutan istimewa juga pasti ada untuk semua.

Tiket sudah boleh didapatkan di www.myticket.asia. Harga yang ditawarkan adalah RM860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze).