Yana Samsudin Hiasi Jelita Edisi Jun 2019

Lengkapi raya anda dengan artikel paling bergaya & berilmu.

Selamat Hari Raya!

Edisi paling meriah setakat ini menampilkan Yana Samsudin sebagai penyeri halaman depan. Sebagai ibu, usahawan dan pengacara yang terkenal, ketahui cara Yana menyeimbangi masa menguruskan kerjaya dan keluarga, tanpa pembantu rumah. Juga, bagaimana dia memperkasakan cinta selepas berkahwin dengan suaminya selain berkongsi usaha untuk menambah zuriat, pada masa ini.

Istimewa Aidilfitri untuk 2019 turut memaparkan Beg Raya Jelita; kompilasi produk cantik untuk dibawa pulang ke kampung biar anda tidak serabut memikir apa hendak bawa bila bepergian. Galeri Fesyen pula fokus kepada cara mempelbagaikan gaya raya agar tidak terhad kepada busana Lebaran tradisional. Belajar cara anggun memadankannya dengan denim.

Bagi peminat kuih muih tradisional, anda kini boleh cuba buat sendiri menggunakan resipi yang mudah lagi ringkas, hasil perkongsian barisan chef daripada hotel terkemuka.

Berikutan makin ramai pengguna social media suka benar berkongsi hal peribadi dan rumah tangga di alam maya, Jelita dapatkan pakar untuk kongsikan pandangan.

Semua ini dan banyak lagi rencana bergaya berilmu yang berguna dalam Jelita bulan ini!

 

Baca ini juga: Item pelengkap raya anda.Ā