Tahun 2019 Jadi Sejarah Selebriti Bercerai

Makin ramai selebriti yang bercerai pada tahun ini.

Setiap pasangan suami dan isteri pasti akan melalui cabaran dalam perkahwinan tetapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Namun begitu, jika usaha untuk membaik pulih hubungan suami isteri menemui jalan buntu maka jalan terakhir adalah dengan perceraian. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perceraian adalah perkara yang tidak digalakkan di dalam Islam.Ia adalah pilihan terakhir sekiranya usaha untuk membaik pulih hubungan suami isteri menemui jalan buntu dan perlu mempunyai sebab yang dibenarkan oleh syarak’.

Bagaikan mencipta sejarah, tahun ini begitu banyak selebriti yang memfailkan perceraian. Sudah tentu, dunia hiburan terkejut dengan berita perceraian selebriti yang berlaku dalam tempoh terdekat. Jelita senaraikan selebriti yang bercerai pada tahun ini.

1 of 6

Fizo Omar dan Mawar Karim

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini sudah berusia dua tahun. Namun, pada hari ini, 10 Julai, pelakon dan usahawan, Fizo Omar telah melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim. Mawar sebelum ini telah memfailkan permohonan cerai pada 5 Julai yang lalu setelah mendapatkan nasihat peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Rumah tangga pasangan ini dikatakan mula berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri secara berasingan dengan keluarga dan anaknya. Hak penjagaan anak tunggal mereka telah diberikan kepada Mawar.

1 of 6