Selepas Yuna, Kini Maya Karin Pula Banggakan Malaysia

Terima Kasih Maya Karin dan Yuna!

Yuna dan Maya Karin, dua wanita hebat yang telah mengharumkan nama Malaysia dengan kejayaan mereka di persada seni antarabangsa.

Penyanyi lagu Crush, Yunalis Zarai atau lebih mesra dipanggil  Yuna, sememangnya sudah mula menempa nama di industri hiburan antarabangsa. Namun, baru-baru ini Yuna sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gambarnya dipaparkan di papan iklan digital di banda New York di Times Square.

Dia sekali lagi membuatkan rakyat Malaysi bangga apabila dia kongsikan gambarnya di papan iklan di salah satu lokasi paling ikonik di Big Apple. Iklan yang dibawakan oleh Spotify itu mempromosikan album terbarunya yang berjudul Rouge.

Turut berkongsi berita gembira dengan peminat adalah pelakon terkenal, Maya Karin.

Dalam satu gambar yang dikongsikan di laman media sosialnya, Maya memberitahu dia baru selesai penggambaran untuk adegannya di Tinseltown untuk filem bertajuk Alone.

Filem yang diarahkan oleh Johnny Martin itu menyaksikan bintang Pontianak Harum Sundal Malam memainkan watak saintis Malaysia Dr Zulaikha dan bergandingan bersama pelakon terkenal Amerika seperti Donald Sutherland dan Tyler Posey.

Dalam satu kenyataan oleh portal akhbar dalam talian, Maya Karin merasakan berlakon di dalam filem ini adalah satu peluang yang baik walaupun ia cuma satu adegan. Maya akan pulan semula ke Malaysia dalam masa sebulan kerana dia dijadualkan untuk menyelesaikan beberapa komitmen lain di Amerika Syarikat termasuk program kapsul travelogue.

Jelita ucapkan selamat berjaya kepada dua wanita ini dalam kerjaya mereka.