“Prince Charming” Malaysia, Ini Fakta Mengenai Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Kacak, bijak dan berjiwa rakyat.

Diberikan gelaran "Prince Charming," Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini telah dilantik sebagai pemangku Raja Pahang pada 31 Januari yang lalu pada usia 24 tahun.

Sejak perlantikan itu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mula mendapat perhatian daripada netizen, bukan sahaja kerana wajahnya yang kacak tetapi kerana sikapnya yang berjiwa rakyat.

Jelita kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang perlu anda tahu.

Baca Juga: Sultan Pahang Ke-6 Kini Yang di-Pertuan Agong ke-16

6 of 6

Dilantik sebagai Tengku Panglima Besar kurang dari setahun

Tengku Hassanal dilantik sebagai Tengku Panglima Besar pada 18 Jun 2018, kemudian pada 28 Januari 2019, istiadat permasyhuran Tunku Mahkota Pahang telah dilaksanakan. Ini menjadikan Tengku Hassanal bergelar Tengku Panglima Besar kurang daripada setahun.

 

 

6 of 6