“Prince Charming” Malaysia, Ini Fakta Mengenai Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Kacak, bijak dan berjiwa rakyat.

Diberikan gelaran "Prince Charming," Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini telah dilantik sebagai pemangku Raja Pahang pada 31 Januari yang lalu pada usia 24 tahun.

Sejak perlantikan itu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mula mendapat perhatian daripada netizen, bukan sahaja kerana wajahnya yang kacak tetapi kerana sikapnya yang berjiwa rakyat.

Jelita kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang perlu anda tahu.

Baca Juga: Sultan Pahang Ke-6 Kini Yang di-Pertuan Agong ke-16

2 of 6

Sedang Melanjutkan Pelajaran

Bukan hanya kacak tetapi Tengku Mahkota Pahang ini juga seorang yang bijak. Baginda adalah bekas pelajar Sekolah Rendah St. Thomas Kuantan dan menyambung pelajaran ke peringkat menengah dan Universiti di United Kingdom. Kemudian, baginda meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah di Geneva, Switzerland.

Baginda berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Hubungan Antarabangsa (BA- IR) selepas tiga tahun menuntut di The Geneva School of Diplomacy and International Relation (GSD), kini, Tengku Hassanal sedang melanjutkan pengajiannya di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom sehingga hujung tahun ini.

2 of 6