“Prince Charming” Malaysia, Ini Fakta Mengenai Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Kacak, bijak dan berjiwa rakyat.

Diberikan gelaran “Prince Charming,” Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini telah dilantik sebagai pemangku Raja Pahang pada 31 Januari yang lalu pada usia 24 tahun.

Sejak perlantikan itu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mula mendapat perhatian daripada netizen, bukan sahaja kerana wajahnya yang kacak tetapi kerana sikapnya yang berjiwa rakyat.

Jelita kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang perlu anda tahu.

Baca Juga: Sultan Pahang Ke-6 Kini Yang di-Pertuan Agong ke-16

1 of 6

Tengku Hassanal Ibrahim adalah anakanda keempat Sultan Pahang

Mungkin salasilah keluarga diraja Pahang ini agak mengelirukan. Menurut sumber, Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebenarnya mempunyai 10 orang anak. Salah seorang adalah anak angkat yang diambil sebelum baginda dan isteri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikurniakan cahaya mata. Anak angkat itu adalah YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang juga anak bongsu kepada Tengku Arif Bendaraha Ibrahim bersama isteri ketiga, Czarina binti Abdullah.

Baginda dan Tunku Azizah dikurniakan enam orang cahaya mata namun anak sulung baginda berdua, YM Tengku Ahmad Iskandar Shah, mangkat sebaik sahaja dilahirkan pada 24 Julai 1990. Bersama dengan Cik Puan Julia Rais pula, Sultan Abdullah dikurniakan dengan tiga orang cahaya peremuan di mana semuanya adalah puteri.

Berikut adalah senarai anakanda Yang di-Pertuan Agong ke-16:

  1. YM Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim, 25 Ogos 1987 (32 tahun)
  2. YM Tengku Ahmad Iskandar Shah, 24 Julai 1990, mangkat ( berusia 29 tahun pada tahun ini)
  3. YM Tengku Puteri Iman Afzan, 11 November 1992  (27 tahun)- anakanda bersama Cik Puan Julia Rais
  4. YM Tengku Ilisha Ameera, 1 Oktober 1993 (27 tahun)
  5. YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 17 September 1995 (24 tahun)
  6. YM Tengku Ilyana, 20 April 1997 (22 tahun)
  7. YM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, 17 Ogos 1997 ( 21 tahun)
  8. YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, 11 September 2000 ( 19 tahun)
  9. YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 11 September 2000 (19 tahun)
  10. YM Tengku Jihan Azizah Athiyatullah, 27 April 2002 (17 tahun)

Baca Juga: Kenali Tiga Puteri Cik Puan Julia Rais Yang Sama Cantik Seperti Ibu Mereka

1 of 6