Neelofa Menang Anugerah Influencer 2019 Monaco

Tahniah, Neelofa!

Pelakon, pengacara dan juga pengasas kepada Naelofar, Neelofa telah menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco, semalam.

Dalam kenyataan yang dikongsikan oleh pihak Neelofa, jelitawan itu berkongsikn rasa teruja kerana telah diiktiraf menerusi anugerah berkenaan kerana setiap penerima yang terpilih telah dipilih oleh juri dan calon untuk setiap kategori datang daripada seluruh dunia.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini. Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,”- Neelofa.

Tambah Neelofa lagi, bisnes hijab yang diusahakannya sejak 2014 dan juga keutamaannya terhadap modest fashion telah membuka peluang untuk dirinya mengembara dan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.

Bagi Neelofa, dia sendiri tidak menyangka akan diberikan pengiktirafan sebesar ini. Bermula dengan perniagaan kasut kecilan di rumah sehinggalah terbinanya jenama Naelofar. Pengiktirafan ini adalah titik tertinggi dalam karier bisnes pelakon cantik itu setakat ini.

“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan modest fashion kepada orang luar,”- Neelofa.

Anugerah Influencer 2019 Monaco adalah penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya tahun lalu. Direalisasikan oleh Pauline Ducruet, iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Tahun lalu, acara tersebut telah diadakan pada 7 Oktober di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo dan sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.

Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic dalam kagetori Make-Up Artist Influencer.