Miley Cyrus Dan Liam Hemsworth Berpisah, Adakah Ini Pengakhirannya?

Adakah mereka akan bersama semula?

Pasangan selebriti Hollywood terkenal, Miley Cyrus dan Liam Hemsworth secara rasminya sudah berpisah selepas hanya enam bulan hidup bersama sebagai suami isteri. Berita ini disampaikan oleh pihak Miley Cyrus kepada majalah People.

“Liam dan Miley telah bersetuju untuk berpisah untuk masa ini. Mereka telah memutuskan ini ini adalah yang terbaik untuk mereka berdua menumpukan perhatian kepada diri dan juga kerjaya mereka. Mereka masih tetap akan menjaga kesemua haiwan yang mereka kongsi bersama sambil meluangkan masa ini sendirian. Tolong hormati proses dan privasi mereka,” Wakil Miley Cyrus kepada majalah People.

Berita perpisahan ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana pasangan ini memang kerap berpisah sepanjang 10 tahun bersama.  Miley bahkan pernah menjalinkan hubungan sejenis dengan model Victoria Secret, Stella Maxwell.

Namun begitu, ikatan mereka begitu kuat dan kedua pasangan ini kembali bersama dan memutuskan untuk melanjutkan hubungan mereka ke tahap yang lebih serius. Pada Disember tahun lalu, kedua mereka telah berkahwin dalam satu majlis yang sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Menurut sumber daripada majalah People, teman rapat pasangan tersebut tidak terkejut dengan berita perpisahan tersebut.

“Selepas mereka bersama semula, ramai yang menyangka Miley dan Liam adalah pasangan yang sempurna, namun, hakikatnya mereka masih mempunyai banyak masalah. Mereka tidak sependapat dalam banyak perkara. Ia bukanlah satu perkara yang menghairankan,”

Spekulasi mengenai perpisahan mereka mula tular apabila Miley kongsikan gambar dirinya di Instagram tanpa memakai cincin kahwinnya.

Selepas mengesahkan berita tersebut, pasangan ini dilihat bercuti bersama keluarga dan juga teman rapat. Menurut The Daily Mail Australia, Liam dilihat meluangkan masa bersama abangnya, Chris Hemsworth telah memberikan kenyataan mengenai perpisahannya bersama dengan Miley Cyrus.

“Anda tidak faham bagaimana keadaan sekarang. Saya tidak mahu bercakap mengenainya,”- Liam Hemsworth, The Daily Mail Australia.

Bagi Miley pula, kisah cintanya tidak berakhir dengan Liam Hemsworth. Menurut People, Miley dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan Kaitlynn Carter. Pada 9 Ogos lalu, kedua pasangan itu dilihat sedang bercuti bersama di Itali dan dilihat sedang bercium sebelum berita mengenai perpisahannya dengan Liam Hemsworth tersebar.

Sumber Gambar: Page Six

Cinta terbaru Miley, Kaitlynn Carter dikatakan turut berpisah dengan suaminya, Brody Jenner pada 2 Ogos lalu. Pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan mereka di Indonesia pada Jun tahun lalu.

Masih ramai tertanya adakah ini pengakhiran buat Miley dan Liam atau adakah pasangan ini akan bersama semula sama seperti apa yang berlaku dalam hubungan mereka sebelum ini.

Sumber: People, The Daily Mail Australia, Elle, E! News, Popsugar dan Hollywood Life by Bonnie Fuller.

Gambar: Instagram, Twitter dan Page Six