Lisa Surihani Berhijab, Minta Doa Untuk Sentiasa Istiqomah

Sedang dalam perjalanan kerohanian.

Nama Lisa Surihani mula menjadi topik bualan netizen apabila dia kelihatan memakai tudung selepas pulang dari Umrah. Daripada foto yang dikongsikan di laman sosial medianya, netizen mula bertanya jika benar Lisa Surihani berhijab sepenuh masa dan rata-rata netizen memuji wajah Lisa yang kelihatan cantik bertudung.

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya Aidilfitri everyone. When I want to get my skin looking healthy for that picture perfect look I can depend on Cetaphil Gentle Skin Cleanser to achieve it. This skin cleanser is mild and doesn’t irritate my skin. It’s so mild that it’s gentle enough for babies, meaning its soap and fragrance free. Most importantly it doesn’t strip away your natural oil. We all know applying make up to unhealthy skin only aggravates the condition. #CetaphilMY #CetaphilGSC #CetaphilWorks #CetaphilReview #gentlecleansing #moisturizing
#soapfree
#fragrancefree #trustedbydermatologists @cetaphilmy

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Namun, ura-ura berkenaan mula diperkukuh apabila Lisa muncul di acara media anjuran Snap Inc pada 25 Jun lalu yang diadakan di restoran Yellow Apron, Petaling Jaya.

Penampilan Lisa bertudung putih dipadan kemeja biru belang dengan jeans dan sniker putih menarik perhatian hadirin, membuak tanda tanya jika dia kini sudah bertudung sepenuhnya?

Acara berjalan lancar, dan usai sesi sembang mengenai peranan aplikasi Snapchat dalam membina dan memperkasa persahabatan, Lisa dihujani persoalan mengenai imej barunya sewaktu sesi sidang media. Lisa yang seakan mengagak bakal ditanya, memilih untuk tidak mengesahkan sepenuhnya namun apa yang penting dalam peringkat awal perjalanan kerohaniannya ini adalah doa dan sokongan daripada orang ramai juga peminat, kerana dia kini masih belajar melakukan perubahan.

Malah, tambah Lisa lagi, dia tidak mahu netizen memanggil apa yang digayakan ini sebagai penampilan mahupun imej.

Ramai yang mengatakan dirinya sudah mendapat hidayah apabila sudah berhijb namun Lisa mengakui bahawa dia masih lagi mencari hidayah tersebut.

Oleh itu, Lisa berharap agar peminat setianya dan netizen dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Menariknya, aktres yang pernah mewarnai muka depan majalah Jelita untuk edisi perkahwinan pada April 2018 ini telah dihadiahkan koleksi tudung Duck pemberian Datin Vivy Yusof, bingkisan penuh makna dan tanda sokongan bagi perjalanannya untuk memperkasa kerohaniannya.

Bagi Jelita, Lisa sentiasa berada dalam doa kami agar pilihannya ini menenangkan hati dan memantapkan kendirinya untuk masa depan yang lebih cerah dan padu.

Sumber Gambar: Instagram

Baca juga: Selebriti Malaysia Yang Masuk Agama Islam