Lagi Kontroversi Aliff Aziz, Kali Ini Disangka ‘Bertatu’ Di Badan

Antara kontroversi yang melanda Aliff Aziz sepanjang terlibat dalam industri hiburan

Aliff Aziz memang tidak pernah lepas dari menjadi topik bualan hangat netizen. Pada tahun 2017, dia pernah didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baharu, Afifah Nasir apabila mereka didapati berhibur di sebuah pusat karaoke.

Baca Juga: Aliff Aziz Mengaku Salah, Minta Pihak ‘Sana’ Untuk Terus Terang

Curang Lagi

Akibat daripada kontroversi itu, Aliff telah tampil untuk meminta maaf kepada isteri, Bella Astillah dalam satu acara sidang media dan Bella juga sudah menerima penerimaan maaf tersebut. Rata-rata mengira Aliff Aziz sudah berubah namun pada awal tahun ini, Aliff sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi curang.

Kali ini, menerusi laman sosial media Bella telah mendedahkan bahawa Aliff sekali lagi berkelakuan curang terhadapnya dan mendakwa pelakon itu punya hubungan istimewa dengan seorang aktres baharu iaitu Oktovia Manrose.

Bulan Mei lalu, aktor berasal daripada Singapura itu sekali lagi terlibat dengan kontroversi apabila tular satu foto yang mirip Aliff Aziz kelihatan tidak berbaju bersama seorang wanita dalam berpakaian seksi.

Bukan sahaja foto bahkan turut tersebar adalah satu rakaman video live Instagram yang melihatkan Aliff bersama dengan wanita yang dikenali sebagai Nismell.

Tidak lama selepas itu, tular pula foto Aliff Aziz bersama seorang janda yang dikenali sebagai Meri Meifina. Dia mendakwa bahawa gambar yang tular di laman sosial media itu adalah gambar lama yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Dia turut memberitahu netizen bahawa dia dengan Aliff tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Hal ini telah menyebabkan Bella Astillah membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan bersama putra sulung mereka, Mohamad Ayden Adrean tanpa Aliff Aziz.

Baca juga: 5 Perkara Yang Isteri Boleh Belajar Dari Bella Astillah

Curi Wang Personaliti Indonesia?

Nama Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dia didakwa telah mencuri wang seorang pelakon Indonesia, Raya Yunika Putri ketika berada dalam sebuah kelab malam di Singapura pada 7 Jun lalu.

Menurut Yunika dalam sebuah portal berita haluankepri.com, aktres itu akui berjumpa dengan Aliff di Clarke Quay, Singapura. Dan ketika pelakon itu pergi membuat bayaran, dia telah meninggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk yang turut diduduki oleh lelaki yang dikatakan sebagai Aliff Aziz. Sebaik sahaja, Aliff beredar, Yunika mendapati bahawa wang dan barangannya sudah hilang.

Yunika melaporkan kejadian itu kepada polis Singapura dan kes itu telah dikendalikan oleh polis republik itu.

Tatu atau Inai?

Pada Ahad lalu, sekali lagi nama bekas suami Bella Astilla itu menjadi topik hangat apabila tular di media sosial foto yang memperlihatkan bahagian dadanya dicacah dengan nama bekas isteri, Bella.

Selain itu, turut menampakkan bahagian belakang tubuhnya yang dipenuhi dengan lukisan seperti tatu. Menerusi sebuah portal, Aliff menjelaskan ukiran tersebut sebenarnya dilukis menggunakan inai berwarna hitam.

Malah, dakwaan itu turut disokong oleh pelukis inai tersebut menerusi akaun Instagram dengan nama Leahenna Artist. Tambah pelukis inai itu lagi, gambar yang disebarkan itu diambil sebelum Aliff menikahi Bella dan pada waktu itu bekas isterinya berada di China.

Dianiaya?

Melihatkan kontroversi yang melanda penyanyi lagu Sayang Sayang ini, Bella Astillah telah tampil untuk menjelaskan apa yang berlaku.

View this post on Instagram

Salam, Bella baru sampai Malaysia subuh tadi. And I received a lot of calls, texts, dms and mentioned from ig & twitter berkenaan dengan ex-husband saya, Aliff. Maaf kepada media yang bella tak dapat reply sbb harini bella nak rest kurang sihatπŸ™πŸ». . . Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat2 sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son. Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam πŸ˜” . . Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita. . . Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah. . . Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apapa terjadi pada Aliff? Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik2 dan comment yang baik2 kat ig dan twitter dia, manatahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong @aliffaziz91

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Bella yang baru tiba dari Melbourne, Australia, Aliff telah memberitahunya bahawa dia (Aliff) telah dianiaya oleh individu yang baru sahaja dikenalinya. Tambah Bella, dia turut berasa sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff dan dia menasihati netizen untuk memberikan ruang kepada Aliff yang kini berada dalam keadaan tidak stabil dan kemurungan.

Bella juga meminat agar netizen mendoakan yang baik sahaja untuk Aliff agar dia dapat mencari ketenangan dan kembali sihat.

Selain foto ‘bertatu’ yang disebarkan di laman media sosial, turut tular adalah video yang melihatkan Aliff sedang bertengkar dengan seseorang yang didakwa menganiayanya menerusi telefon.

Gambar: Twitter dan Instagram