Isu Rakam Lion King: Neelofa Mohon Maaf, Netizen Tetap Mahu Neelofa Disaman

Saman tetap saman!

Tindakan pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa memuatnaik rakaman sedutan filem The Lion King di panggung wayang telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen dan pelbagai pihak. Berikutan dengan peristiwa itu, Neelofa telah memuatnaik permohonan maaf di akaun Twitter miliknya.

Di kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Twitternya, Neelofa menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk melanggar undang-undang berkaitan dengan hak cipta kerana sebagai seorang selebriti, dia juga sangat menghormati hak harta intelektual. Dia turut mengakui tindakannya itu adalah kerana perasaan teruja dan mahu memberikan sokongan terhadap filem tersebut dan ingin mengajak lebih ramai rakyat Malaysia menonton filem tersebut.

Tambah Neelofa, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapannya dan turut berharap apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Walaupun Neelofa telah menyatakan permohonan maaf menerusi laman Twitternya, masih terdapat netizen yang masih tidak berpuas hati dan mahukan Golden Screen Cinemas (GSC) mengambil tindakan saman terhadap pelakon itu.

Kesalahan merakam tayangan filem tanpa kebenaran akan didakwa di bawah Seksyen 43A, Anti Rakaman Kamera Akta Hakcipta 1987. Pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang dan tidak lebih dari RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-daunya sekali.

Dan bagi mereka yang merakam keseluruhan tayangan tanpa kebenaran di pawagam boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau keduanya sekali.

Netizen Mahukan Neelofa Dihukum

Sepertinya pemohonan maaf Neelofa di Twitter tidak dapat meraih simpati kebanyakan netizen yang inginkan pelakon dan pengacara itu dihukum atau disaman dan berharap GSC tidak memilih kasih dan Neelofa dikenakan tindakan sama seperti individu lain yang melakukan kesalahan yang sama.

Antara komen netizen selepas Neelofa memuatnaik pemohonan maaf tersebut.

Kebanyakan netizen inginkan Neelofa untuk bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana salah tetap salah

Ada yang beranggapan bahawa Neelofa dapat terlepas daripada hukuman atau tindakan dengan mudah dan pihak GSC bagaikan memilih kasih untuk mengenakan tindakan terhadap Neelofa.

Namun, ada juga peminat Neelofa yang memberikan sokongan kepadanya

Walaupun permohonan maaf Neelofa dikecam netizen, masih ada peminat Neelofa yang menganggap pemohonan maaf Neelofa adalah satu perbuatan yang berani kerana dia mahu bertanggungjawab atas perbuatannya itu.

Peminat memberikan sokongan kepada Neelofa dan memuji tindakannya untuk bertanggungjawab di atas apa yang sudah berlaku.

Ada yang ingin menonton filem tersebut selepas melihat adegan yang dikongsikan oleh Neelofa di Instastory.

Sumber: Sinar Harian Online dan Twitter.

Gambar: Twitter dan Instagram