Hadiah Istimewa untuk Isteri Tercinta, Datuk Fazley Sanggup Daki Gunung Kinabalu

Romantiknya Datuk Fazley Yaakob!

Bagi seorang isteri, tiada yang lebih indah daripada layanan istimewa yang diberikan sang suami dan paling istimewa apabila suami bersedia untuk mencuba sesuatu demi isteri tercinta.

Ciri suami penyayang dan romantik ini boleh dilihat pada Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob. Sempena ulang tahun isterinya, Datin Azrene Ahmad yang ke 40 tahun pada 22 Ogos ini, Datuk Fazley akan cuba mendaki Gunung Kinabalu bagi menyempurnakan impian isteri tercinta.

Percubaan mendaki Datuk Fazley ini mendapat perhatian netizen kerana Datuk Fazley mengaku bahawa dia seorang yang gayat atau takut kepada ketinggian.

Menurut kenyataan yang dikongsikannya menerusi akaun Instagramnya, Datuk Fazley mengaku dia takut apabila menaiki lif dan berdiri di balkoni bangunan tiga tingkat.

“Berdiri di balcony bangunan 3 tingakt pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang.. saya gagahkan juga untuk MENCUBA mendaki hari ini.. doakan kami berdua dan team kami juga ya!” – Datuk Fazley Yaakob

Datuk Fazley sendiri telah kongsikan berita itu dalam satu video yang dimuatnaik dalam akaun Instagram miliknya. Video yang dikongsikan itu telah mendapat sokongan positif daripada peminat mereka. Kebanyakan mereka mengucapkan semoga berjaya kepada Datuk Fazley.

Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Soraya telah berkahwin pada tahun 2007 dan perkahwinan itu penuh dengan kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestui perkahwinan tersebut.

Pada November tahun lalu, pasangan itu telah mengadakan majlis persandingan yang dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan juga rakan media. Selepas hampir 13 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikurniakan dengan empat cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Gambar dan Sumber: Instagram