Di Sebalik Wajah Menakutkan Badut Filem IT, Ternyata Bill Skarsgard Sangat Kacak

Kenali Bill Skarsgård

Filem IT kini kembali menghantui pawagam dengan sekuel, IT Chapter Two. Filem diadaptasi daripada novel seram karya Stephen King ini mengisahkan mengenai kumpulan LOSERS yang dihantui oleh entiti jahat yang dikenali sebagai IT atau Pennywise yang kelihatan seperti badut. Dalam IT Chapter Two, ke semua watak kumpulan The Losers telah meningkat dewasa dan kembali ke kampung halaman mereka setelah 27 tahun mereka meninggalkan tempat tersebut.

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Jessica Chastain, James McAvoy, Bill Hader, Jay Ryan dan banyak lagi. Turut kembali melakonkan watak IT adalah Bill Skarsgård. Ternyata ramai yang terkesan dengan watak IT yang dimainkan oleh Bill Skarsgård tetapi di sebalik wajah dan personaliti yang menyeramkan IT, ternyata sebenarnya Bill Skarsgård ini adalah seorang yang kacak.

 

Jelita kongsikan sembilan fakta menarik mengenai pelakon kacak ini.

1 of 9

Ternyata darah seni sudah mengalir dalam dirinya. Bill Skarsgård yang berusia 29 tahun itu sebenarnya adalah adik kepada pelakon kacak, Alexander Skarsgård yang pernah membintangi siri televisyen seperti True Blood dan Viking dan dia juga adalah bintang utama dalam filem pecang panggung, The Legend of Tarzan bersama dengan Margot Robbie.

1 of 9