Dari Donnie Yen sehingga Mariah Carey, Ini Selebriti Yang Sahut Cabaran #bottlecapchallenge

#bottlecapchallenge kini menguasai dunia media sosial

Jika dulu media sosial dipenuhi dengan cabaran seperti #mannequinchallege, #kekechallege dan tidak lupa juga #10yearchallenge. Kini, tular satu lagi cabaran di media sosial yang dipanggil sebagai #bottlecapchallenge.

Untuk cabaran ini, anda memerlukan botol dengan penutup yang tidak ditutup rapat. Matlamatnya adalah untuk menendang penutup botol menggunakan teknik tendangan berputar yang digelar sebagai “roundhouse.” Ia mungkin kelihatan mudah tetapi ia memerlukan kemahiran untuk melaksanakannya.

Cabaran ini bermula pada 25 Jun apabila jurulatih Taekwando, Farabi Davletchin mempamerkan teknik tendangannya yang luar biasa. Tidak lama kemudian, pelakon aksi Jason Statham turut melakukan aksi yang sama dengan menyiarkan videonya secara perlahan menendang penutup botol itu di media sosialnya. Sejak dari itu, cabaran ini mula menjadi tular di media sosial dan ramai yang mencuba melakukan cabaran ini. Ini senarai selebriti dari luar dan dalam negara yang telah mencuba cabaran ini.

1 of 9
1 of 9