Tip Lisa Surihani: Cara Rakam Gambar Raya Sempurna

Juga, jaga kulit agar tidak rasa kering.

Waktu raya, pasti banyak gambar raya dirakam dan diabadikan sebagai kenangan kerana masa itu, semua berbusana cantik dan mahu kelihatan yang terbaik.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah penjagaan kulit terutama sewaktu Ramadan agar hasilnya terserlah bila Syawal menjelma nanti.

Kebetulan, Lisa Surihani dengan kerjasama Cetaphil telah mengadakan satu acara istimewa di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini bagi berkongsikan cara Lisa menjaga kulitnya sepanjang berpuasa selain persiapannya untuk menyambut Lebaran.

Sebagai individu yang juga seorang bekerjaya dan berkeluarga, perlu pula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, Lisa memahami keperluan tubuh yang turut mengalami perubahan. Peralihan waktu tidur, tabiat makan dan penghidratan adalah antara faktor yang memberi kesan kepada kulit.

Kelesuan boleh sebabkan kulit anda tampak kusam, manakala pilihan sewaktu bersahur dan berbuka boleh menyebabkan rasa haus dan lama-kelamaan kesemua ini akan mengakibatkan kulit terasa begitu kering.

Justeru, Lisa berkongsi agar anda mengambil langkah proaktif dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembut dan melembapkan serta memilih makanan yang kaya vitamin, mineral serta antioksidan agar kulit kekal hidrat dan sihat.

“Bila tiba hari Raya, anda tentu akan berusaha lebih untuk tampil menarik di samping keluarga dan rakan handai, paling utama adalah mempunyai keyakinan diri. Lisa memang tak sabar hendak meraikan Aidilfitri dan meluangkan masa bersama seisi keluarga.

“Merakam potret keluarga pula sudah menjadi satu tradisi buat keluarga kami. Namun, di sebalik setiap foto, biarpun lengkap berpakaian dan bersolek cantik, anda takkan semudahnya mengetepikan apa yang kulit anda rasa – sama ada ia kering, berminyak atau sensitif.

“Bagi Lisa, kulit yang betul-betul sihat adalah kulit yang cukup penghidratan dan seimbang. Jadi, Lisa cadangkan agar anda menggunakan pembersih kulit yang sesuai, sesuatu yang lembut namun berkesan dan melembapkan serta dipercayai pakar dermatologi,” kata aktres jelita ini.

Tambahnya lagi, kulit sentiasa berdepan pelbagai situasi dan berubah dari semasa ke semasa, ada kala ia berminyak dek kerana hormon atau kering sebab hidrasi.

Rahsia Lisa? “Sejak menggunakan pembersih kulit lembut Cetaphil dua tahun lalu, Lisa banyak belajar mengenai kesan pilihan penjagaan kulit. Pembersih berkenaan adalah bebas sabun, bermakna ia tidak mengeringkan kulit, bebas pewangi di mana tidak menyebabkan iritasi dan paling utama, sesuai semua jenis kulit kerana formulasinya lembut.

“Ini bermakna, tidak kira bagaimana keadaan kulit Lisa, pembersihnya tetap yang sama,” katanya.

Rutin penjagaan kulit Lisa untuk mengekalkan kulit yang sihat termasuklah:

 

  • Membersih: Membersih dengan sempurna boleh meningkatkan kualiti kulit dan menyerlahkan seri wajah. Pembersih Kulit Lembut Cetaphil dipercayai pakar dermatologi kerana ia lembut, tidak menyebabkan iritasi, bebas sabun dan pewangi serta selamat untuk semua jenis kulit. Ia mudah dibilas, jadi kulit rasa bersih dan kekal hidrat.

 

  • Melembap: Pelembap membantu untuk memulihkan lapisan pelindung semula jadi kulit. Lisa menggunakan Krim Pelembap Cetaphil untuk penghidratan yang tahan lama agar kulit halus dan lembut. Seperti pembersih, ianya bebas pewangi, tidak menyebabkan iritasi, sesuai untuk semua jenis kulit dengan formulasi yang tidak berminyak.

 

  • Melindungi: Anda tinggal di negara yang mataharinya menyinar terik setiap hari. Sama ada ketika cuaca mendung mahupun berada di dalam rumah, Lisa tidak pernah lupa menyapu Pelindung UVA/UVB SPF 50+ Cetaphil. Ia melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.