Cantik Dan Pintar! Dr Amalina Che Bakri Adalah Wanita Yang Patut Dicontohi

Kenali Dr Amalina Che Bakri

Dr Amalina Che Bakri adalah simbol wanita hebat masa kini. Namanya sudah menjadi perhatian dan bualan di kalangan rakyat Malaysia dan kisahnya membantu seorang kanak-kanak yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ telah mendapat pujian dan nyata telah menyentuh hati rakyat Malaysia.

Kisah adik Ainul Mardhiah telah mendapat publisiti meluas di laman sosial media dan ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi itu, termasuklah Dr Amalina Che Bakri yang kini bertugas sebagai doktor pelatih surgikal di hospital United Kingdom. Dia bersama dengan sekumpulan pakar pelbagai bidang telah bersedia untuk membantu membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Pembedahan berjalan lancar dan adik Ainul Mardhiah kini sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Jelita doakan adik Ainul untuk cepat sembuh dan membesar dengan gembira. Oleh itu, Jelita kongsikan beberapa fakta mengenai doktor cantik, Dr Amalina Che Bakri.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighing 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done to ensure that baby Ainul would be safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong (also Malaysian-born). They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Thank you to everyone who made this possible, it was a team effort! Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG) @_nrlerwani @ahmadsafiudinn

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

1 of 10

Dilahirkan pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu. Dr Amalina Che Bakri adalah anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1 dan kejayaannya itu mendapat perhatian daripada media tempatan ketika itu.

1 of 10