Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson Bakal Melangsungkan Perkahwinan Pada Februari 2020

Pilih bulan Februari 2019 namun masih belum ada tarikh tetap

Terjawab sudah tanda tanya mengenai hari bahagia pasangan yang diminati ramai iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson. Dalam satu sidang media yang telah diadakan semalam di Kafe Bakersfellas, pasangan itu telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.

Kedua pasangan ini yang telah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu bakal menuju ke jinjang pelamin pada hujung bulan Februari 2020 di Kuala Lumpur.

Menurut Zahirah MacWilson, dia dan Aiman merencanakan satu majlis resepsi sahaja untuk kedua-dua belah pihak sekaligus, dan tarikh yang muktamad adalah bergantung kepada kelapangan tarikh di lokasi majlis.

Turut hadir ke majlis sidang media ini adalah kedua ibu bapa Aiman Hakim, Dato’ Ridza Abdoh dan Datin Siti Hanifah, dan bapa Zahirah MacWilson, Encik Zainol MacWilson.

Jelita mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan berharap hubungan ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Aiman Hakim, Zahirah MacWilson, Bakersfellas Cafe dan Cravers

Selain daripada pengumuman tarikh perkahwinan pasangan serasi ini, majlis sidang media itu turut meraikan pelancaran kafe terbaru milik Aiman Hakim yang bergelar Bakersfellas Cafe yang terletak di Dana 1, Ara Damansara.

Kafe itu turut bekerjasama dengan rangkaian perniagaan pasta, “Pasta Panas” bagi menyediakan  pebagai hidangan pasta yang lazat untuk pelanggan kafe tersebut.

Selain hidangan pasta, kafe ini juga turut bekerjasama dengan Hillside Cafe bagi menyediakan beberapa jenis hidangan ringan seperti pastri dan kek. Aiman juga turut mencipta satu hidangan istimewa yang dinamakan “Krispy Cream Donut Cheeseburger.”

Menurut Aiman, hidangan ini diinspirasikan daripada satu kafe di Philadelphia, USA yang menggunakan Donut sebagai roti burger dan tambah Aiman, dia mengubah resipi itu dengan menggunakan donut kegemarannya, Krispy Kreme sebagai roti burger untuk mencipta sesuatu yang berbeza untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang gemarkan rasa manis, masam dan masin.

Tidak ketinggalan, selebriti Jelita dan juga tunang kepada Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson turut terlibat secara langsung dengan Bakersfellas Cafe apabila rangkaian pemanis mulut miliknya, “Craver” kini dilancarkan di kafe tersebut.

Pemanis mulut berbentuk aiskrim ini dikatakan hasil ciptaan Zahirah sendiri yang mana menunya adalah seperti Chocolate Mousse Royale, Bubblegum, Durian, Kelapa, Salted Caramel, Pistachio dan Strawberry Cheesecake.

Menurut Zahirah, dia bekerjasama dengan Corevester bagi menu aiskrim “Craver” dan bakal mengilhamkan perasa baru dan cipta satu pemanis mulut signatur dari air tangannya sendiri.

Terdahulu, Aiman Hakim yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Syarikat Corevestor bersama empat lagi rakan seperniagaan telah melopor bidang makanan dan minuman seja beberapa tahun yang lalu dan sehingga kini, syarikat tersebut telah memiliki empat anak syarikat seperti Pasta Panas yang mempunyai rangkaian di USJ 8, Subang Jaya, KL City Walk, Suzy’s Corner Ampang dan Bakersfellas. Bakersfellas sudah beroperasi sejak 14 Jun lalu. Seterusnya Hillsie Cafe yang terletak di Putra Heights, Bakersfellas dan Cravers yang dimiliki oleh Zahirah MacWilson.

Aiman turut bekerjasama dengan penyanyi, Awi Rafael yang memiliki sebuah studio yang dinamakan sebagai Newsantara di dalam Bakersfellas untuk menjadi satu hab bagi anak muda membincangkan dan mengembangkan idea kreatif masing-masing.