Aiman Hakim Curi Cinta Zahirah Macwilson

Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson bertunang

Tahniah diucapkan kepada pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

Pada 8 Jun 2019, Sabtu bersamaan dengan 4 Syawal, pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza telah selamat mengikat tali pertunangan di Perth Australia.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pasangan itu di laman Instagram masing-masing dengan penerangan, “Engaged (Bertunang). Alhamdulillah, syukur,”oleh Aiman manakala Zahirah pula berkongsikan gambar cincin dengan penerangan ringkas, “Engaged.”

Berita gembira itu telah mendapat pelbagai perhatian daripada peminat dan teman artis yang menyampaikan ucapan tahniah di atas pertunangan mereka.

Sebelum ini, Zahirah turut kongsikan beberapa gambar di laman Instagramnya yang menunjukkan Aiman turut menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga Zahirah di Perth, Australia.

View this post on Instagram

Eid Mubarak 🕌✨🌙

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Pasangan pelakon drama Curi Curi Cinta itu mula dikatakan menjalinkan hubungan cinta apabila Aiman mula kongsi gambar mereka berdua pada Disember tahun lalu dengan tanda pagar #ZahirAH.

Sekali lagi, Jelita ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan agar hubungan mereka akan sampai ke alam perkahwinan.