Berbuka Puasa Dengan Pelbagai Hidangan Tradisional Di Hotel New World Petaling Jaya

Pelbagai hidangan menarik yang ditawarkan buat anda yang ingin berbuka puasa di Hotel New World Petaling Jaya

Menghampiri bulan suci ini, Hotel New World Petaling Jaya ingin membantu untuk memberikan anda pengalaman berbuka puasa bersama keluarga yang tidak akan dapat dilupakan.
 

 
Pelbagai hidangan menarik akan ditawarkan oleh Hotel New World sempena dengan bulan yang mulia ini. Adna boleh merasai pengalaman berbuka puasa dalam suasana pasar yang meriah di Pasar Baru.
 
Untuk memastikan pengalaman berbuka puasa anda tidak dapat dilupakan, Chef Eksekutif, Alexander Chong bersama dengan tukang masak terhandalnya telah menyediakan lebih daripada 100 hidangan yang menggabungkan masakan tempatan dan juga tradisional Malaysia untuk anda pilih.
 

 
Anda boleh memilih daripada variasi makanan laut yang diimport seperti udang galah yabby, kerang buluh, ketam dan udang. Tidak hanya menawarkan pilihkan makanan laut yang segar, anda juga boleh menikmati masakan tradisional Melayu yang disediakan di kaunter bufet utama termasuk hidangan tarikan Pasar Baru iaitu sate ayam dan daging yang dimasak mengikut pesanan, makanan laut segar yang dipanggang dan tidak lupa pada hidangan yang mesti ada di bulan Ramadan iaitu bubur lambuk.
 

 
Bagi anda yang gemarkan makanan yang lebih ringan dan sihat, anda boleh memilih daripada pelbagai hidangan ulaman atau salad yang disediakan. Jangan ketinggalan untuk mencuba kambing panggang bersama sos buatan sendiri yang pasti akan membuat anda telan air liur. Lengkapkan sesi berbuka puasa dengan pelbagai hidangan pemanis mulut yang terdiri daripada sagu gula Melaka atau kek keju beri biru. Jika anda inginkan kuih tradisional, anda boleh memilih daripada pelbagai hidangan kuih Melayu buatan sendiri atau anda boleh mencipta pemanis mulut anda sendiri dengan mesin ais krim lembut yang tersedia.
 
Selain daripada menikmati hidangan yang lazat, anda juga boleh melihat secara dekat bagaimana chef ternama Hotel New World menyediakan hidangan yang menarik terutama di stesen yang menyediakan hidangan berasaskan mie dan lok-lok yang sememangnya sinonim dengan tetapan gaya penaja.
 

 
Bufet “Medan Kampung” boleh didapati daripada 17 Mei- 14 Jun 2018, 6.30 malam sehingga 10.30 malam. Harga bagi setipa orang dewasa adalah RM168 manakala untuk kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah dan warga emas berumur 60 tahun ke atas adalah RM84.
 
Berita baik buat anda yang membuat tempahan awal, diskaun 20% boleh didapati jika anda membuat tempahan pada 15 Mei 2018. Jika anda bercadang untuk datang bersama sanak-saudara, anda boleh cuba Pakej Perayaan Korporat yang berharga dari RM148 setiap seorang dengan tempahan minimum sebanyak 200 orang. Diskaun 20% bagi tempahan awal juga turut diaplikasikan di dalam pakej ini.
 

 
Ketahui lebih lanjut atau buat tempahan anda dengan menghubungi (603) 7682 0000 atau email kepada [email protected].