Bakal Cecah Usia 50 Tahun – Jennifer Lopez Kongsi Tip Awet Muda

Kena Pandai Pilih Kawan?

Bukan mudah untuk menjaga penampilan dan bentuk badan apabila anda melepasi usia 40 tahun! Kadar metabolisma yang semakin menurun membuatkan sukar bagi kebanyakan wanita untuk menjaga berat badan.

Tetapi kalau JLo boleh lakukannya, bermakna anda juga mampu. Tetapi tentu sekali memerlukan pengorbanan dan usaha yang keras. Jika anda masih belum mencecah usia 40 an, inilah masanya untuk menjaga penampilan sebelum terlambat. Pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, JLo, 50, terkenal dengan gaya hidup yang aktif dan kulit yang masih lagi anjal.

Apa agaknya rahsianya? Menurut JLo, dia menolak sepenuhnya pembedahan plastik ataupun suntikan botoks! “Saya sukakan sesuatu yang basis. Less is more!”. Rahsia yang J.Lo kongsikan ini bukanlah mengenai amalan diet, namun lebih kepada kesihatan mental dan dalaman.

5 of 5

Foto: Wally Skalij/Los Angeles Times

Tidur Dengan Cukup

JLo memang gemar bersenam tetapi bukanlah setiap hari. Menurutnya dia bersenam hanya 3-4 kali seminggu selama 30 minit. Dia juga gemar minum air kosong bersama potongan lemon. “Saya suka minum teh herba sebelum tidur dan memastikan tidur sekitar lapan jam. Badan anda perlu tidur paling minimun enam jam dan inilah masanya tubuh membaiki sel dan sebagainya”, jelas JLo

Sumber: Cosmopolitan.my

5 of 5