Bakal Cecah Usia 50 Tahun – Jennifer Lopez Kongsi Tip Awet Muda

Kena Pandai Pilih Kawan?

Bukan mudah untuk menjaga penampilan dan bentuk badan apabila anda melepasi usia 40 tahun! Kadar metabolisma yang semakin menurun membuatkan sukar bagi kebanyakan wanita untuk menjaga berat badan.

Tetapi kalau JLo boleh lakukannya, bermakna anda juga mampu. Tetapi tentu sekali memerlukan pengorbanan dan usaha yang keras. Jika anda masih belum mencecah usia 40 an, inilah masanya untuk menjaga penampilan sebelum terlambat. Pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, JLo, 50, terkenal dengan gaya hidup yang aktif dan kulit yang masih lagi anjal.

Apa agaknya rahsianya? Menurut JLo, dia menolak sepenuhnya pembedahan plastik ataupun suntikan botoks! “Saya sukakan sesuatu yang basis. Less is more!”. Rahsia yang J.Lo kongsikan ini bukanlah mengenai amalan diet, namun lebih kepada kesihatan mental dan dalaman.

2 of 5

Me Time

JLo mengamalkan meditasi sebelum tidur dan sejurus selepas bangun pagi setiap hari. Dia jarang menghabiskan masa di spa, sebaliknya mencuba teknik pernafasan yang menenangkan minda. “Kadangkala kita tak perlu lakukan benda yang rumit, hanya bernafas dengan betul dan minum secawan teh herba. Ini cara saya tangani stres,” katanya.

2 of 5