Bakal Cecah Usia 50 Tahun – Jennifer Lopez Kongsi Tip Awet Muda

Kena Pandai Pilih Kawan?

Bukan mudah untuk menjaga penampilan dan bentuk badan apabila anda melepasi usia 40 tahun! Kadar metabolisma yang semakin menurun membuatkan sukar bagi kebanyakan wanita untuk menjaga berat badan.

Tetapi kalau JLo boleh lakukannya, bermakna anda juga mampu. Tetapi tentu sekali memerlukan pengorbanan dan usaha yang keras. Jika anda masih belum mencecah usia 40 an, inilah masanya untuk menjaga penampilan sebelum terlambat. Pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, JLo, 50, terkenal dengan gaya hidup yang aktif dan kulit yang masih lagi anjal.

Apa agaknya rahsianya? Menurut JLo, dia menolak sepenuhnya pembedahan plastik ataupun suntikan botoks! “Saya sukakan sesuatu yang basis. Less is more!”. Rahsia yang J.Lo kongsikan ini bukanlah mengenai amalan diet, namun lebih kepada kesihatan mental dan dalaman.

1 of 5

Kecantikan Dalaman

“Beauty comes from inside,” ujarnya. Menurut JLo, dia tidak suka berada dalam keadaan marah yang terlalu lama. Ataupun dia cuba mengelak untuk marah dan bersedih. Katanya, perasaan seperti itu mendatangkan aura negatif seterusnya membuatkan wajah anda tidak berseri. Dia juga terkenal dengan sikap yang peramah dan melayan peminat dengan baik.

1 of 5