Bagaikan Puteri; Nelydia Senronse, Fasha Sandha & Bella Dally Cantik Di Hari Bahagia

Ketahui siapa yang bertanggungjawab menyerikan tiga pengantin popular ini.

Tiga aktres dan personaliti jelita, Fasha Sandha, Bella Dally dan Nelydia Senrose yang melangsungkan majlis persandingan gilang-gemilang meraih perhatian ramai kerana ketiga-tiganya tampil unik dan tersendiri pada hari bahagia mereka yang berlangsung baru-baru ini.

Selain keraian dan kenduri yang cukup meriah, netizen turut terpesona dengan busana yang digayakan tiga pengantin baru ini selain kecantikan yang cukup menyerlah.

Jelita himpunkan album gambar perkahwinan ratu sehari berkenaan sempena bulan Inspirasi Cinta buat tatapan anda. Ketahui juga siapakah pereka, jurusolek dan pakar rias yang bertanggungjawab memastikan pengantin baru  – Fasha Sandha, Bella Dally dan Nelydia Senrose tampak cukup anggun lagi mempesona.

1 of 60

Majlis Bertandang Fasha Sandha dan Aidil Aziz

Fasha Sandha telah menikah bersama dengan Aidil Aziz pada pagi Sabtu, 30 Mac 2019. Pada 7 April bersamaan hari Ahad, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah mengadakan majlis bertandang di Rembau, Negeri Sembilan. Majlis itu mendapat pujian daripada netizen. Fasha Sandha juga kelihatan anggun dengan persalinan songket rona kelabu dilapik helaian renda mewah hasil sentuhan pereka tersohor tanah air, Rizman Ruzaini. Wajahnya pula tampak segar dan berseri setelah mendapat sentuhan daripada jurusolek profesional, Datuk Alha Alfa.

1 of 60