Ayam Brand Buktikan Anak-Anak Boleh Memasak

Ayam Brand memperkenalkan lapan resipi mudah untuk anak-anak anda sempena cuti sekolah ini.

ab_01
 
Jenama isi rumah yang telah berada di Malaysia selama 124 tahun, Ayam Brand yang terkenal dengan pelbagai barisan produk berkualiti tinggi, bebas pengawet dan makanan yang ditinkan akan menyelamatkan ibu bapa daripada cabaran untuk mengisi masa anak-anak mereka dengan aktiviti yang kreatif dan sekaligus menggembirakan anak-anak mereka.
 
Sempena cuti sekolah ini, Ayam Brand menyediakan lapan resipi menarik dan mudah yang dapat membantu mereka merancang, menyedia dan menghidang hidangan berkhasiat yang boleh dilakukan dirumah tanpa pengawasan orang dewasa.
 
Melalui aktiviti memasak ini juga, anak-anak akan belajar kemahiran-kemahiran hidup yang penting, memperbaiki koordinasi mata dan tangan, menajamkan deria rasa serta mempelajari mengenai masakan dan budaya lain.
 
Resipi-resipi yang disediakan Ayam Brand untuk anak-anak pada cuti sekolah kali ini ialah Kek Tuna dan Keledek, Jaket Kentang, Tuna & Quesadilla Avocado, Muffin Tuna Berlapik Rsti, Cucur Tuna, Spread Krim Keju Tuna, Udang Tumis dengan Kacang Panggang dan Sandwich Kacang Panggang.
 
ab_02
 
Antara produk Ayam Brand yang diketengahkan dalam resipi-resipi ini ialah Ayam Brand Kacang Panggang. Ia mengandungi sumber serat dan protein yang amat baik yang boleh membantu membina kesihatan sistem penghadaman dan otot.
 
Ayam Brand hanya menggunakan kacang haricot utara terbaik yang diimport terus daripada Amerika Syarikat untuk mengekalkan rasa dan kualiti yang sekata yang kemudiannya direbus dengan sempurna bagi membolehkan bentuknya kekal dan dalam masa yang sama masih empuk apabila dikeluarkan dari tin. Selain itu, tuna juga banyak digunakan dalam resipi kerana ia kaya dengan Omega-3 yang baik untuk tumbuhan anak-anak.
 
Bantu anak-anak anda membuktikan mereka boleh memasak. Lawati laman web http://www.ayambrand.com.my/recipe.html untuk memulakan keseronokan memasak dengan anak-anak tersayang pada musim cuti sekolah ini.