Aura Misha Omar Serlahkan Edisi Tahun Baru Jelita

Saksikan video di balik tabir sesi penggambarannya.

Tahun baru, aura serba baru. Jelita edisi Januari 2019 mengetengahkan Misha Omar, penyanyi bersuara emas sebagai pendahulu kempen #InilahTahunku di mana dia berkongsikan rencananya untuk menjayakan 2019 sebagai tahun terunggul buat dirinya.

 

Selain itu, 50 selebriti dan personaliti turut berkongsi kata-kata hikmah bagi mencanak dan memberi inspirasi buat anda untuk mencapai azam tahun baru dengan cemerlang.

Mulakan juga kalendar baru dengan suasana rumah lebih rapi dan kemas menggunakan tip Hias Rumah dikongsikan Jelita. Juga cara pelbagaikan hidangan ayam daripada satu resipi dengan mudah – panduan daripada cef hotel terkemuka.

Perlu tahu! Persiapan buat semua sang isteri, manalah tahu jika suami sampai ajalnya secara mengejut – apakah yang anda perlu tahu, senarai semak yang kami bariskan tersedia dalam ruangan Suami Isteri.

Semua ini dan BANYAK LAGI dalam Jelita edisi Januari.

Sebelum itu, ayuh saksikan video di sebalik tabir sesi penggambaran bersama Misha Omar di studio Jelita.