Pasar Seloka Oleh Wondermilk Kembali Lagi

Kini di The Starling Mall

Pasar Seloka kembali lagi untuk meriahkan hujung minggu anda! Pada Sabtu, 5 Oktober ini, Wondermilk akan menganjurkan acara pop up gaya hidup seharian, PASAR SELOKA yang menampilkan kolaborasi dan komuniti kreatif terdiri daripada perniagaan kecil, pereka, artis, makanan, budaya dan juga aktiviti menarik. Acara pop up ini akan ditempatkan di Event Hall 1, Aras 5 di The Starling Mall, Damansara Uptown.

PASAR SELOKA di The Starling Mall ini akan mempunyai lebih daripada 90 gerai lokal, artis dan pereka tempatan yang akan mempamerkan kerja mereka dalam ruang yang berukuran 8, 800 kaki persegi ini. Antara hasil kerja yang akan dipamerkan termasuklah barangan rumah, tekstil, gaya hidup, fesyen, perabot, lampu, alat tulis, produk kanak-kanak, makanan dan minuman. Turut kembali memeriahkan PASAR SELOKA adalah The Kitchen Guardian, aroma 5luxe & co, Seleksi Akma, Mokara, Bentuk Bentuk, Hashtag, Pot Pet dan banyak lagi.

Alami keseronokan melihat rekaan yang unik, menemui secara peribadi pereka yang mencipta rekaan tersebut dan mempelajari sejarah rekaan seni tersebut. Aktiviti ini sentiasa menjadi tarikan di PASAR SELOKA.

PASAR SELOKA di The Starling juga akan merangkumi kawasan permainan kanak-kanak untuk menarik perhatian anak anda. Selain itu terdapat juga workvities dan bengkel menarik Oh Little Mess untuk anak sementara anda membeli-belah di PASAR SELOKA. Anda juga boleh sertai sesi yoga oleh NAFAS YOGA yang akan diadakan pada waktu pagi. Aktiviti yang disediakan adalah dibuka untuk penyertaan dengan bayaran minimun dan akan melibatkan ahli keluarga sepanjang hari.

Untuk acara kali ini, PASAR SELOKA telah bekerjasama dengan NGO RIMAU, organisasi tiada keuntungan yang menyokong pemuliharaan Harimau Malaya, serta Yayasan Kanser Payudara yang akan menjadi tuan rumah untuk bengkel dan sesi perbincangan terbuka yang diketuai oleh pesakit kanser payudara.

Acara ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan, hari inspirasi buat anda dan juga anak. Acaraini dibuka secara percuma kepada awam dengan tempat letak kereta yang luas. Berikut adalah butir acara:

Apa: PASAR SELOKA oleh Wondermilk

Bila: Sabtu, 5 Oktober 2019

Jam: 10 pagi sehingga 10 malam

Di mana: Dewan Acara 1, Peringkat 5 di The Starling Mall, Damansara Uptown.

Gambar: Pasar Seloka Instagram