Lebih Seram, Hauntu Lancarkan Episod 2: The Tourist

Selesaikan misteri yang menghantui hidup anda

Bersedia untuk merasai ketakutan di Hauntu, rumah hantu interaktif yang pertama di Malaysia. Hauntu bakal melancarkan bahagian kedua daripada tiga bahagian pengalaman berhantu mereka. Di Episod pertama, pelawat dibawa ke dalam jalan cerita geng Harimau pada tahun 1980-an manakala di episod kedua, pelawat akan dibawa kembali ke perjalanan nostalgia, kembali ke Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Untuk episod terbaru ini, ia akan memaparkan set dan jalan cerita yang baru.

Meletakkan keupayaan membuat keputusan sebagai aspek penting di dalam permainan ini, episod baru ini mempunyai kemungkinan enam penamat yang berbeza. Dengan jalan cerita yang baru, episod kali ini akan memperkenalkan satu set baru yang lebih menyeramkan serta misi dan matlamat baru. Dalam episod kedua ini, pemain ditugaskan untuk menyelesaikan misteri undangan hotel yang aneh dan berpotensi untuk mematahkan sumpahan yang dikenakan pada ahli keluarga oleh entiti yang sama menghantui Hotel Colle Eastern dalam episod 1. Walaupun setiap episod mempunyai jalan cerita tersendiri, kesemua episod ini dihubungkan melalui satu entiti yang menghantui hotel tersebut berdekad lamanya.

Menurut Pengarah Kreatif Hauntu, Johnny Ong, berbanding dengan episod satu, di mana pemain perlu fokus pada satu misi, untuk episod kali ini, pemain akan lebih fokus kepada jalan cerita dan turut menjadikan peranan pemain dalam jalan cerita ini lebih penting daripada sebelumnya.

Episod pertama yang dipanggil The Thief yang dilancarkan pada awal tahun ini, di mana pemain berlakon sebagai sebahagian daripada Harimao Gang yang terkenal dan misi mereka adalah untuk mengambil bahagian dalam penggambaran emas yang rumit di lokasi fiksyen, Hotel Colle Eastern.

Bagi anda yang baru berjinak dengan Hauntu, Hauntu tidak seperti rumah hantu yang biasa anda kunjungi. Hauntu mempunyai teater interaktif dalam suasana zaman dulu di mana anda dapat merasai sendiri pengalaman menjadi salah satu karakter yang ada di situ. Dipandu oleh sekumpulan pelakon yang berbakat, pemain akan dibawa ke dalam bilik misteri di hotel fiksyen Colle Eastern dan perlu membuat pilihan di sepanjang jalan yang akan menentukan bagaimana kisah anda berakhir.

Tarikan Kuala Lumpur yang terbaru ini ditawarkan dalam hiburan pengalaman, Hauntu membuka pintunya kepada awam pada Disember tahun lalu. Selepas kejayaan Episod pertama, pihak penganjur berharap episod dua akan menjana sama banyak atau tidak lebih banyak lagi pengunjung. Episod dua akan berterusan sehingga akhir tahun ini dan episod tiga pula akan dilancarkan pada tarikh yang belum ditentukan pada tahun 2020. Setiap episod dijangka akan berjalan secara putaran, jadi bagi anda yang tidak dapat merasakan pengalaman episod satu boleh alaminya sekali lagi pada masa akan datang.

Memandangkan setiap episod mempunyai jalan cerita tersendiri, ia tidak perlu dimainkan secara mengikut turutan.

Hauntu terletak di LINC, lima minit berjalan kaki dari stesen LRT Jalan Ampang. Ia dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 11 malam. Kemasukan terakhir adalah pada jam 10 malam. Yuran kemasukan berharga RM 58 seorang.

Untuk maklumat lanjut atau untuk melihat jalan cerita Hauntu, lawati laman sesawang Hauntu atau hubungi +6011-1686 9199 untuk membuat tempahan.