Adinda Sultan Pahang, Tengku Fahd Mula Curi Tumpuan Netizen

Bye, Putera Mateen! Hello, Tengku Fahd!

Semalam telah berlangsungnya pertabalan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang yang keenam dengan gelaran sebagai Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah. Pertabalan yang diadakan di Istana Abu Bakar telah menjadi hari yang paling bermakna buat rakyat Pahang. Namun, bukan hanya pertabalan tersebut yang menjadi perhatian. Kemunculan adinda Sultan Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam turut menarik perhatian ramai dengan ketampanannya.

Baca juga: Dilantik Pahang Ke-6 Dan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Yang Baru

Kemunculan Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah yang dirakam oleh seorang netizen pada sesi sidang media Sabtu lalu telah menjadi tular apabila ramai yang memuji ketampanan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin dan Sultanah Hajjah Kalsom ini. Ucapkan selamat tinggal kepada Putera Mateen, jom kenali Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah.

1 of 8

Berusia 24 tahun, Tengku Fahd diputerakan pada 10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Baginda adalah anakanda tunggal kepada Sultan Pahang sebelum ini, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah dengan isteri keduanya, Sultanah Hajjah Kalsom. Tengku Fahd diberikan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Darul Makmur.

1 of 8