7 Selebriti Malaysia Yang Masuk Agama Islam

Mereka adalah antara selebriti Malaysia yang telah memeluk agama Islam

Selasa lalu, dunia hiburan digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun memeluk agama Islam. Pengakuan masuk Islam itu dibuat menerusi akaun sosial media miliknya dan kebanyakan netizen memberikan kata semangat kepada pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu. Michael Ang membuat pengakuan tersebut kerana tidak mahu netizen terus bertanyakan mengenai status agamanya. Status agamanya menjadi tanda tanya sejak tahun lalu apabila dia berkongsikan pengalaman berpuasa pada bulan Ramadan.

Berikutan dengan penghijrahan Michael Ang kepada agama Islam, Jelita senaraikan beberapa selebriti Malaysia lain yang telah berhijrah ke agama Islam.

1 of 7

Adam Corrie

Adam Corrie sememangnya terkenal dengan watak gangster yang dipegangnya dalam filem KL Gangster. Dilahirkan dari keluarga beragama Buddha, sebelum memeluk Islam, Adam mengaku bahawa dia adalah seorang atheis, iaitu seseorang yang tidak mempercayai Tuhan. Hidupnya mula rasa kosong dan tiada pengangan hidup. Oleh itu, dia mula mencari kebenaran dan akhirnya dipertemukan dengan Islam. Pada 13 Julai 2007, dia telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.

1 of 7