7 Sebab Pinktober Bazaar, Pinky Run Acara Paling Menarik Oktober Ini!

Beramal sambil berseronok, siapa tidak mahu?

Kesedaran serta kepedulian terhadap kanser payudara diperingati pada bulan Oktober setiap tahun dan buat pertama kalinya, Beauté Library akan melancarkan bazar amal kanser payudara – Pinktober Bazaar, Pinky Run.

Kanser payudara adalah kanser yang paling digeruni kerana mengikut kajian, satu daripada 19 wanita menghidapi penyakit yang boleh membawa maut ini.

Menyedari akan padah yang dibawa kanser payudara di kalangan wanita di Malaysia, pengasas Beaute Library, Emily Loo, percaya satu inisiatif perlu dilaksanakan.

Sejajar itu, sebagai satu daripada aktiviti CSRnya, dan dengan kerjasama National Cancer Society Malaysia (NCSM), acara Pinktober Bazaar, Pinky Run bakal diadakan.

Bila? 13 & 14 Oktober 2018

Waktu?  Jam 10 pagi hingga 10 malam

Di mana? MyTown KL Shopping Centre

Aktiviti Bakal Diadakan (pasti buat anda teruja!)

1. Ada 30 vendor bakal menyertai acara ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk #PinkyRun, #PinkyPreLoved, #PinkyFoodBeverage, #PinkyMusic, #PinkyFashion, #PinkyArt, #PinkyKidsContest.

2. Satu daripada aktiviti paling signifikan iaitu #PinkyRun, bakal menyaksikan 3,000 peserta melakukan larian menyeronokkan sejauh 3km & 5km sebagai tanda simbolik sokongan terhadap kesedaran barah payudara.

3. Anda juga boleh menyertai #PinkyPre-Loved, di mana satu lelongan mini dibuka pada orang awam. Ianya akan diadakan sejurus selepas larian berakhir di mana bidaan tertinggi akan meraih produk terpakai seperti pakaian, beg dan aksesori yang pernah dimiliki selebriti dan personaliti bertujuan untuk mengutip dana kebajikan.

4. Untuk ketahui pelbagai mesej berguna mengenai kesedaran barah payudara, anda boleh layari tanda pagar #EarlyDetectionSavesLives, bertujuan mempromosikan mesej kepada rakyat Malaysia. Sedia maklum yang pengesanan barah payudara pada peringkat serius akan menurunkan kadar hayat berikutan sel barah sudah merebak luas dalam tubuh.

5. Jom jumpa selebriti! Antara tetamu selebriti yang bakal memeriahkan acara ini adalah Chrystina Ng, Ziah Zhang, Wilson Lee, Sherlyn Seo dan ramai lagi!

6. Ayuh dengar informasi berguna daripada tetamu istimewa yang telah dijemput khas oleh NCSM, termasuk bekas pesakit barah payudara yang bakal berkongsi komplikasi dihadapi sewaktu menghidap kanser berkenaan.

7. Selain itu, sepanjang dua hari acara ini, gerai dan kios perkongsian bakal dibuka bertujuan mendidik pengunjung mengenai barah payudara selain menawarkan pemeriksaan klinikal payudara secara PERCUMA kepada orang awam.

Pinktober Bazaar, Pinky Run ditaja dan mendapat sokongan padu Skechers, MyTown KL, ParksonCard Malaysia, TCS Jewelry, Starbucks Malaysia, Swarovski, Grab, Celebrity Fitness, Fuji Bakery.

Sudah tentu Herinspirasi.com adalah satu daripada rakan media eksklusif acara ini.

Untuk masuk ke bazaar ini adalah PERCUMA!

Tetapi, jika anda mahu menyertai Pinky Run, tiket larian 3km & 5km masih dijual dan anda boleh membelinya di http://www.racexasia.com/event/the-pinky-run/#

Untuk informasi lanjut, sila layari www.beautelibrary.com atau Facebook di https://www.facebook.com/beautelibrary/.