6 Drama Korea Terbaik Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Netflix menawarkan pelbagai drama Korea terbaik untuk anda.

Anda meminati dan ingin mencari drama Korea terbaik yang boleh ditonton untuk meluangkan masa? Kini, anda boleh menonton drama Korea kegemaran  di mana sahaja menerusi Netflix. Netflix menawarkan pelbagai rancangan TV, filem, dokumentari dan banyak lagi dan ia juga turut menawarkan beberapa drama siri Korea terbaik untuk anda. Tidak ketinggalan, drama Korea terbaru, Memories of The Alhambra bakal ditayangkan di Netflix pada 1 Disember ini. Jelita senaraikan enam drama Korea terbaik yang boleh anda tonton di Netflix.

1 of 6

Memories of The Alhambra

Drama siri terbaru ini bakal ditayangkan di Netflix pada 1 Disember 2019. Ia mengisahkan tentang seorang CEO syarikat pelaburan yang sedang membuat lawatan perniagaan di Granada, Sepanyol. Secara tidak sengaja, dia telah menetap di asrama mudah yang dimiliki oleh seorang bekas gitaris. Kedua watak tersebut terlibat dalam pelbagai situasi aneh apabila mereka menemui misteri baru. Drama ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Park Shin Hye dan Hyun Bin. Ia turut menampilkan Park Chanyeol dari kumpulan EXO. Drama ini sesuai bagi anda yang gemarkan genre fantasi, misteri dan juga cinta.

1 of 6

Memories of The Alhambra