5 Makanan Elak Risiko Kanser Payudara

Kenali lima makanan yang dapat membantu mengelakkan risiko menghidap penyakit kanser payudara

Tomatoes on the vine on rustic wooden background

Gambar: INGimage


 
Keadaan genetik yang diturunkan keluarga sememangnya tidak boleh diubah. Namun itu tidak bererti anda tidak boleh mengubah gaya hidup anda untuk mengurangkan risiko penyakit kanser.
 
Kes penyakit kanser payudara tidak mengenal usia. Perempuan usia seawal 20an juga berisiko untuk didiagnos dengan penyakit kanser payudara. Salah satu faktor  yang memainkan peranan dalam mengelakkan risiko penyakit kanser payudara ialah pemakanan. Kombinasi nutrisi yang seimbang dengan penjagaan berat badan yang konsisten boleh mengelakkan risiko kanser payudara.
 
Ketahui lima makanan yang membantu mengurangkan risiko penyakit kanser.
 
Minyak Zaitun

Selain mengandungi antioksidan dan fitonutrien- termasuk Squalene yang membantu menghalang pertumbuhan tumor, minyak zaitun juga mempunyai kandungan lemak tak tepu yang lebih tinggi dari minyak yang lain. Lemak tak tepu dalam minyak zaitun tidak teroksida apabila diproses oleh tubuh. Pengoksidaan merupakan satu proses yang menghasilkan bahan kimia yang boleh meningkatkan risiko kanser.
 
Sayur-Sayuran Jenis Cruciferous

Sayuran jenis cruciferous ini mengandungi fitonutrien yang membantu menghentikan penyebaran kanser dan menahan sel-sel kanser dari terbentuk. Brokoli, kobis bunga, kobis cina dan kobis merupakan sayuran jenis cruciferous yang harus diamalkan dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.
 
Sayuran Berdaun Hijau

Sayur-sayuran berdaun hijau kaya dengan folat dan viatamin B yang dapat memperkuatkan DNA. Kadar folat yang rendah boleh meningkatkan risiko penyakit kanser payudara. Amalkan makan bayam dan kangkung dalam diet harian anda. Lagi gelap daun sayur itu lagi banyak khasiatnya.
 
Ikan Yang Mengandungi Minyak Omega-3

Wanita yang memakan ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 seperti salmon, tuna dan tenggiri mempunyai risiko 32 peratus lebih rendah untuk menghidap kanser berbanding dengan yang tidak memakannya. Lemak ikan yang mengandungi asid lemak omega mengandungi vitamin D yang membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser.
 
Tomato

Tomato mengandungi lycopene, antoksidan yang kuat yang tidak hanya membuat tomato berwarna merah tetapi juga melindungi tubuh dengan membantu menghentikan pertumbuhan kanser. Tubuh akan dapat menyerap lypocene dengan baik sekiranya tomato itu dimasak.