4 Hijabi Harumkan Nama Malaysia di Asia’s Got Talent

Jelita menemubual NAMA yang berjaya menarik perhatian di Asia’s Got Talent.

Berhijab bukanlah penghalang bagi sesiapa saja yang ingin mengejar cita-cita menjadi penyanyi.

Bukan rupa jadi pertaruhan tetapi bakat yang diserlahkan, begitulah yang berjaya dilakukan kumpulan empat wanita berhijab dari Malaysia, menggelar diri mereka Nama apabila mencabar diri untuk menyertai pertandingan Asia's Got Talent. Keempat-empat wanita yang juga penuntut Universiti Malaya bukan sekadar menunjukkan bakat nyanyian padu di pentas malah telah berjaya ke pusingan seterusnya, sebahagian usaha dan perjuangan mereka untuk mengharumkan nama Malaysia.

Tanpa melengahkan waktu, Jelita merebut peluang untuk menemubual empat wanita terdiri daripada Nur Farahida, 24, Norfazira, 24, Noor Syamimi, 24, dan Nur Fazrina, 28, yang berjaya menarik perhatian di pertandingan pencarian bakat tahap antarabangsa ini.

4 of 4

Daripada segi nyanyian, bagaimanakah anda membahagikan bahagian dalam sebuah lagu?

Kami sebagai satu kumpulan, kami mengenali kekuatan setiap ahli kumpulan dan kami akan memberikan bahagian tersebut mengikut keupayaan masing-masing.

Jelita dan HerInspirasi.com mengucapkan selamat berjaya kepada Nama dalam menempuh peringkat seterusnya!

4 of 4