4 Sebab Mengapa Anda Perlu Dapatkan Kamera Fujifilm X-T3

Inilah empat sebab mengapa anda perlu mendapatkan kamera digital Fujifilm X-T3

Fujifilm telah memperkenalkan Fujifilm X-T3, model terbaru dalam siri X kamera digital tanpa cermin yang terkenal dengan teknologi penghasilan warna unik untuk memberikan kualiti imej yang luar biasa untuk kedua-dua imej dan juga video.

Model terbaru ini dilengkapi dengan enjin pemprosesan imej, X-Trans CMOS 4 dan X- Processor 4 yang baru. Model ini sekali gus mengetuai generasi baru siri X Fujifilm.

X-Trans CMOS 4 adalah cencor APS-C yang memberikan cahaya belakang dengan empat kali lebih bilangan pengesanan piksel daripada model semasa. Ia juga mempunyai nisbah S/N yang tinggi dan sensitiviti terendah ISO160 walaupun resolusi 26 MP. Had auto fokus untuk cahaya rendah juga telah ditingkatkan kepada -3EV membolehkan AF tepat walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah. Contohnya, jika anda mengambil gambar dengan menggunakan cahaya lilin.

X- Processor 4 pula mempunyai empat unit CPU untuk mencapai kelajuan pemprosesan imej kira-kira tiga kali ganda lebih cepat berbanding model sebelum ini. Ia bukan sahaja meningkatkan ketepatan dan kelajuan AF secara ketara tetapi enjinnya adalah yang pertama di dunia yang mengeluarkan output 4K/60P 10 bit. Justeru, kamera ini dapat memenuhi keperluan videografer dan jurufoto yang inginkan kamera tanpa cermin yang dilengkapi dengan sensori dalam saiz APC-C atau lebih besar.

Berikut adalah empat kelebihan kamera terbaru dari Fujifilm ini:

  1. Kualiti imej yang lebih baik: Tahap tertinggi resolusi 26.1 MP dalam sensor saiz APS-C. Ia juga mampu mencapai gangguan rendah seperti model sebelum ini dan turut meningkatkan bilangan piksel.
  2. Prestasi AF meningkat secara dramatik: 1.5 kali kelajuan pemprosesan yang lebih pantas berbanding model sebelumnya untuk memberikan AF (auto focus) yang lebih pantas dan lebih tepat. Ia juga meningkatkan prestasi secara signifikan dalam pengesanan AF muka/mata dengan piksel pengesanan pada 2.16 M yang memenuhi keseluruhan bingkai.
  3. Penambahbaikan yang ketara dalam mengesan prestasi subjek yang bergerak pantas: Menyampaikan rakaman berterusan tanpa sebarang gangguan atau kabur sehingga 30 fps semasa menggunakan Live View 60 fps untuk memeriksa subjek anda.
  4. Video Professional: Menyokong 4K / 60P 4: 2: 0 10 bit rakaman kad SD dalaman serta 4K / 60P 4: 2: 2 output HDMI 10 bit, yang membolehkan rakaman berlaku dalam masa yang sama. Ia juga turut memaparkan mod Simulasi Filem, “ETERNA” yang popular dengan X-H1.