3 Tip Penjagaan Diri Untuk Pesakit Kanser Payudara

Pesakit kanser juga harus meluangkan masa untuk menjaga diri

Dalam menjalani rawatan kanser, wanita mungkin akan mengalami perubahan. Ada perubahan yang boleh dilihat secara ketara dan ada yang tidak menunjukkan sebarang perubahan pada badan. Sama ada perubahan itu jelas atau tidak, yang pasti menghadapi kanser boleh memberikan kesan yang mendalam. Walau bagaimanapun, menjaga penampilan diri boleh meningkatkan semangat seseorang. Apabila anda keihatan terurus, anda akan rasa lebih baik. Jadi, ini tiga tip penjagaan diri untuk pesakit kanser payudara yang Jelita kongsikan.

pesakit kanser

Gambar: Shutterstock

Luangkan Masa Setiap Hari Untuk Menjaga Diri Sendiri

Wanita cenderung untuk risau atau khawatir tentang kebajikan orang lain dan sering meletakkan diri mereka paling akhir sekali. Dengan melakukan ini, anda memberikan hanya sedikit masa untuk diri sendiri dan ini akan menyebabkan anda cepat rasa letih dan lelah bahkan membuatkan anda marah setiap masa. Anda dicadangkan untuk meluangkan masa untuk diri sendiri pada waktu pagi dan petang. Ini akan menjadikan anda ibu dan isteri terbaik dan seronok untuk meluangkan masa bersama kerana menjaga diri sendiri akan membuatkan anda rasa gembira.

Jaga KulitĀ 

Setiap hari, pastikan anda mematuhi lima langkah ini untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat pada setiap pagi dan petang. Lima langkah tersebut adalah membersih, pengelupasan (exfoliate), menyegarkan, melembapkan dan melindungi. Memiliki kulit yang cantik adalah asas kepada penampilan yang hebat dan anda tidak boleh meninggalkan langkah penting ini.

Mengenakan Solekan

Ambil masa untuk mengenakan solekan pada wajah, walaupun anda tidak keluar rumah. Anda boleh mengenakan pemerah pipi, maskara dan gincu atau lip gloss. Ini akan membuatkan anda tampak lebih berseri dan cantik. Dan percayalah, ia pasti akan membuatkan anda lebih bersemangat.