11 Haiwan Yang Makin Pupus Dan Harus Dilindungi Di Malaysia!

Jalankan Tanggungjawab Anda

Geram pula rasanya melihat beberapa individu tidak bertanggungjawab di Malaysia yang secara haram membela haiwan eksotik yang dilindungi. Dimana letaknya rasa tanggungjawab dan sifat perikemanusiaan mereka terhadap haiwan-haiwan itu yang sepatutnya bebas hidup di habitat asal mereka.

Baru-baru ini, seorang penyanyi wanita ditahan selepas didapati membela beruang matahari secara haram dirumahnya. Beruang itu ditinggalkan bersendirian beberapa hari kerana penyanyi itu bercuti pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri. Mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), individu yang menyimpan haiwan terancam secara haram boleh dikenakan hukuman denda maksimum hingga RM500,000 dan penjara lima tahun.

Menerusi artikel BH Online tahun 2017, sebanyak lebih 200 spesies hidupan liar yang dilindungi di Malaysia yang diharamkan ditangkap untuk tujuan perdagangan dan penjualan. Jelita senaraikan 10 jenis haiwan yang dilindungi dan semakin pupus di Malaysia yang anda perlu ketahui.

1 of 11

Monyet Merah dan Kelabu – Sesuai dengan perwatakannya yang hiperaktif, monyet tidak sesuai dikurung dalam sangkar!

1 of 11