10 Selebriti Yang Meninggal Dunia Kerana Kemurungan

Selebriti ini membunuh diri akibat masalah kemurungan yang dihadapi

Kebanyakan daripada rakyat Malaysia masih mengambil ringan mengenai masalah kemurungan. Ramai yang menganggap perkara ini bukanlah satu masalah yang besar. Tetapi tahukah anda masalah kemurungan ini boleh menjadi serius sehingga meragut nyawa? Mungkin ada di antara ahli keluarga anda yang sedang menghadapi masalah ini dan inilah masanya untuk anda membantu mereka. Oleh itu, Jelita senaraikan 10 selebriti yang meninggal dunia kerana kemurungan.

1 of 10

SHINee Jonghyun

Penyanyi dan penulis lirik lagu daripada kumpulan terkenal dari Korea Selatan, SHINee, Kim Jonghyun atau lebih dikenali sebagai Jonghyun ditemui mati di kediamannya pada 18 December tahun lepas. Dia dipercayai membunuh diri dengan menggunakan arang yang ditemui di sebuah bilik di kediaman selebriti tersebut. Sehari selepas kematiannya, kawan baik mendiang Jonghyun telah mendedahkan surat terakhir yang dihantar oleh penyanyi itu sebelum dia ditemui mati. Kandungan surat itu menyatakan kesukarannya dalam menghadapi masalah kemurungan.

1 of 10

SHINee Jonghyun