Versus Timepiece; Jam Tangan Idaman Semua

Mewah bergaya dengan jam tangan Versus Timepiece.

Rekaan indah yang pasti akan membuatkan anda terpesona, Versus Mouffetard adalah jam tangan yang canggih, trendy dan rekaan jam tangan itu sendiri mempamerkan DNA jenama terkenal berkenaan.

Rekaan kepala singa 3D pada jam 12 dan enam pada rangka jam tangan Versus Versace ini digabungkan dengan cincin yang bertekstur, memberikan aura serba mewah dan unik pada jam tangan ini. Lantas, menyerlahkan lagi sisi anggun sang pemakainya.

Dial jam tangan ini pula dihiasi guilloche yang bersinar. Ini menyerlahkan lagi tali kulit asli daripada galuchat sekali gus memberikan pemakainya personaliti yang kuat ditambah dengan sentuhan yang elegan. Anda boleh dapatkan tali jam kulit tangan versi ungu dengan case rona rose gold.

Versus edisi khas Saint Valentine boleh didapati dalam rona merah dan emas kuning. Ia direka khusus buat wanita yang mencari pembaca waktu yang lebih bergaya. Sama seperti Versus Versace, ia mempunyai rekaan kepala singa 3D pada jam 12 dan enam yang digabungkan dengan cincin yang bertekstur untuk memberikan aura mewah lagi unik.

Bagi yang berjiwa berani, dial merah naga ini bertatahkan kristal Swarovski berharga, guilloche dan corak cincin bertekstur yang cantik.

Koleksi bergaya ini dijual pada harga bermula RM1,300 sehingga RM1,600 dan seperti jam tangan Versus yang lain, ia boleh didapati di butik Solat Time. Lawati www.solartime.com untuk lebih maklumat.

 

BACA JUGA: Jam Tangan Bonia Serlahkan Gaya Feminin Anda