Tiru Gaya Koleksi Chanel Haute Couture 2019

Ini dia inspirasi busana musim bunga dan musim panas untuk anda! Sama-sama!

Jelita kongsikan koleksi musim bunga/panas Chanel 2019 Haute Couture yang menambat hati dan buat anda terkenang-kenang. Koleksi ini dipenuhi dengan renda, sulam, bulu, lukisan dan resin. Tiru gaya ini semasa kembara ke luar negara! Cukup selesa dan sangat bergaya. Fesyen ini juga sesuai dipakai oleh para hijabi yang gemar kembara semasa musim bunga/panas selain boleh dipakai untuk hadiri acara formal mahupun santai.

Acara pertunjukan fesyen Chanel Haute Couture musim bunga/panas turut disambut oleh duta besar Kristen Stewart, Pharrell Williams, Tilda Swinton, Marine Vacth, Anna Mouglalis, Alma Jodorowsky dan Caroline de Maigret, serta pengarah Sofia Coppola, pelakon Tessa Thompson, Marion Cotillard dan Carole Bouquet, penyanyi Chris dan ramai lagi.

Mari ikuti gaya mereka sebagai ilham berbusana agar tampak lebih bergaya dan stailo.

Sofia Coppola

Gaya Sofia agak klasik namun menarik dengan perincian butang di jaket dan beg mini yang comel dan unik.

Caroline De Maigret

Model dan penerbit muzik ini menggabungkan elemen warna warni dengan celana emas namun ia tidak kelihatan keterlaluan langsung. Aksesori penting untuk gaya ini: confidence and attitude!

Kim Go Eun

Pelakon asal Korea ini tampak lembut dengan dress bercorak dan beropol namun ia disuntik elemen cool dengan jaket kulitnya.

Lihat juga: 4 Helah Pakaian Tutup Perut Buncit

Dapatkan lebih banyak idea lagi daripada himpunan koleksi Chanel untuk musim bunga/panas tahun ini yang diperagakan di pertunjukan fesyen Haute Couture 2019. Acara ini telah diadakan di Grand Palais di Champs-Elysees, Paris yang penuh glamor dan kaya dengan sejarah.

1 of 10

1 of 10